Thursday, November 23, 2006

disedut

...

Bayangkan kau sedang memandu di jalan yang kiri kanannya sudah bersusun kereta. Kau menyusuri berhati-hati. Tanpa kau sangka, ada seorang makhluk Tuhan muncul dari celahan kereta-kereta itu, dan ZRUPPPP!!! dengan selambanya melintas sambil melenggang Mak Limah. Dan kau tak punya pilihan selain untuk menekan brek kecemasan!

Skreett!! Sikit lagi nak langgar, tapi tak langgar pun.

Dia menjeling pada kereta kau yang kurang daripada 1000cc itu. Bibirnya terjuih. Dari riak matanya, kau boleh mengagak apa yang terbuku di hatinya. "Hek Eleh! Baru bawa kereta cinonet camni pun nak bawa laju-laju!! Tak sedar diri langsung!!"

Dan kalau yang melintas jalan itu pula yang melihat ke dalam kereta kecil itu, pasti dia juga dapat menangkap apa yang pemandu itu cuba sampaikan, "Kau jangan ingat kena langgar dengan kereta kecik ni kau tak boleh mampus!!"

Bayangkan!

Monday, November 20, 2006

jangan

...

Sekitar jam 11 malam, kami sampai di rumah. *KLEKANG KLEKUNG KLEKANG KLEKUNG!!!* Bunyi bising dari tingkat atas, tidak sedikit pun aku hiraukan.

"Hah! Awak dengar tak tu?! Kadang-kadang pukul 3 pun dengar lagi!!"

"Dengar! Orang tumbuk sambal kan?!"

"Mana ada orang kat tingkat atas!"

"Oh, tu bukan orang ke?!"

"BUKAN!"

Ha ha!

** ** **

Terima kasih pada kamu-kamu yang sudi membeli KUDETA. Kalau kau belum beli, sila hubungi amirmukhriz[AT]gmail[dot]com.

Friday, November 17, 2006

sampai

...

Yep, RM15 sahaja. Edisi terhad! Siapa cepat ada duit, dia boleh beli!

Raja Boneka
>> Nazmi

Para Ronin
>> Naga
>> Amir Mukhriz
>> Vovin
>> Op
>> Jigo

Wednesday, November 15, 2006

dikeji

...

"Chomel!"

Kalau dialah yang memanggilku makan, walaupun hanya dihidangkan Whiskas dalam bekas makanan kucing, aku sanggup makan!

"Ya, sayang! Abang datang ni!!"

Nyam nyam nyam!! Sedapnya!! Ada lagi?!

Ha ha! Ooops!