Friday, September 29, 2006

terang

...

Gerai murtabak tu menggamit aku segera singgah. Aku lihat di papan tandanya. Murtabak Ayam. Murtabak Daging. RM1.50.

"Daging ada?"

"Habis!"

"Kalau macam tu, bagi ayam satu."

Tapi sebenarnya yang aku dapat cuma murtabak bawang berperisa ayam. Aduhai!

Saturday, September 09, 2006

di

...

Kalau kau dah kurang sangat hiburan, selak-selaklah akhbar, cari ruangan surat/forum. Yang ini, buat aku tergelak. Oh! Sebenarnya lebih gelakkan diri sendiri. Kalau dia yang bergaji RM5000 pun tak mampu nak bayar hutang, inikan pula aku!! Hah!

Tidak berbaloi lanjut pelajaran jika berhutang seumur hidup

INI adalah cubaan ketiga saya untuk mengetengahkan masalah berat yang dipikul oleh pelajar-pelajar tajaan JPA di bawah Skim Pinjaman Boleh Ubah sekitar 1992-1997.

Cerita asalnya panjang dan saya sebenarnya sudah tidak terdaya lagi untuk mengeluh, sehinggalah isu pinjaman pelajaran Mara dibawa semula ke khalayak umum.

Jumlah yang perlu saya bayar ialah RM166,000 untuk pengajian dua tahun di Amerika Syarikat serta dua tahun lagi di PPP/ITM Shah Alam.

Oleh kerana isteri saya juga adalah pelajar tajaan JPA, beliau tidak terkecuali untuk berhutang sebanyak RM166,000 untuk tempoh pengajian yang sama. Kami terpaksa membayar RM900 sebulan selama 34 tahun!

Sekiranya saya berhasrat membayar minimum sebanyak RM20 sebulan sebagaimana yang dicadangkan oleh pengerusi MARA, hutang kami akan selesai dalam tempoh 690 tahun. Maknanya, lebih 10 keturunan akan menanggung hutang yang saya tinggalkan…

Ketika ini saya dan isteri hanya mampu membayar sebanyak RM100 seorang setiap bulan. Ini bermakna hutang kami dijangka selesai pada tahun 2136 ketika kami berusia 163 tahun.

Cuba fikirkan, adakah saya, penjaga serta penjamin-penjamin akan bersetuju menandatangani kontrak jika risiko di atas diterangkan dengan terperinci?

Ketika memohon pinjaman dulu, kami diberitahu bayaran pinjaman boleh dikurangkan atau ditukar menjadi biasiswa jika dapat memenuhi kriteria. Ternyata tidak berbaloi belajar selama dua tahun di luar negara jika terpaksa berhutang seumur hidup.

Saya berjaya tamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dengan CGPA lebih daripada 2.50. Saya terus melapor diri ke pejabat JPA sebaik pulang ke tanah air. Namun saya masih terpaksa membayar penuh walaupun telah merayu berkali-kali.

Yang pelik, segelintir rakan seperjuangan saya dengan mudah mendapat potongan sehingga 70% walaupun mengambil masa belajar lebih dari yang ditetapkan. Di mana silapnya saya?

Ongkos pengajian saya bukanlah berbentuk biasiswa atau pinjaman, bahkan lebih kepada wang pengajian yang didahulukan.

Lebih memeranjatkan, jika kontrak menyatakan jumlah pinjaman maksimum saya ialah RM130,000, saya dituntut membayar balik RM166,000. Dari mana datangnya tambahan RM36,000 tersebut?

Saya berkemungkinan besar akan mati dalam keadaan masih berhutang dengan JPA.

Hidup terseksa saya di dunia mungkin akan disambung dengan seksa di kubur akibat hutang tidak habis dibayar.

Saya akui sebilangan besar pelajar Melayu tidak kira graduan dalam atau luar negara telah dapat memiliki ijazah mereka melalui bantuan kewangan kerajaan, terutama generasi awal seperti saya yang keluarga berpendapatan rendah. Itu adalah jasa kerajaan yang tidak mungkin dapat kami balas, apatah lagi dengan wang ringgit.

Saya sebenarnya begitu berazam untuk memastikan kos pendidikan anak-anak dapat saya tanggung sendiri agar keistimewaan bantuan kerajaan ini dapat dihadiahkan kepada mereka yang memerlukan sebagaimana saya memerlukannya dahulu.

Kerajaan sudah bantu saya berjaya, jadi biarlah saya tanggung keperluan mereka yang di sekeliling saya setakat yang termampu.

Bagaimanapun, saya tidak akan dapat lakukan ini semua dalam keadaan sekarang? Apa guna bergaji RM5,000 sebulan jika perbelanjaan termasuk bayaran balik hutang sentiasa melebihi pendapatan.

Siapa yang akan menanggung anak-anak saya? Siapa yang akan membiayai rawatan ibu bapa saya yang kini sudah uzur?Dengan memikul beban hutang lapuk yang besar, tidak mungkin saya dapat menyokong keperluan anak untuk belajar ke peringkat lebih tinggi, apatah di luar negara.

Ramai orang Melayu berpendidikan tinggi sudah terjerat. Ijazah tergantung dan hutang bergulung. Saya sangat berharap pihak JPA faham situasi pelajar tajaannya.

Saya berdoa pihak bertanggungjawab dapat memikirkan kaedah terbaik untuk kami membalas budi kepada mereka yang telah membantu.

MOHD RIZAL,
Puchong.

* Petikan daripada Utusan

Friday, September 08, 2006

Tuesday, September 05, 2006

mata

...

Kalau kau tak punya kenderaan dengan tujuh tempat duduk, dan kebetulan pula isteri kau pula gila membeli-belah selain mengemas, baik kau berjaga-jaga.

Mungkin kau tak mahu bila kau ditimpa celaka di tengah jalan dan rasa marah meluap-luap bila kau gagal menemui spanar dan segala jenis tok nenek perkakas untuk menggodam kereta kau itu. Kemudian, kau capai telefon dan dail nombor isteri kau, "Kat mana awak letak tool-box?"

Dan dari belah sana, kau dengar dia jawab, "Hah?! Tu hari shopping tak muat nak letak semua barang, jadi kita keluarkan tool-box daripada kereta."

Akhirnya kau menyumpah panjang!

Suka mengemas itu sifat terpuji. Siapalah yang tak suka kalau rumah dan kereta bersih berkemas, tapi kalau mengemas itu boleh menyusahkan orang lain, itu mengundang petaka namanya!

Nasib baiklah, jack (john? jerk? apa nama menatang mat salleh yang kita gunakan untuk mengangkat kereta bila mahu menukar tayar?) itu tersorok bersama spare-tyre, dan spare-tyre itu pula terlalu berat untuk dikeluarkan. Aduhai, perempuan!

*Pesanan ikhlas khidmat masyarakat ini ditaja oleh tuan punya kereta yang prihatin.