Tuesday, October 04, 2005

Bila Hattan mahu dihumban ke laut

...

Dulu kecoh bila Negaraku tidak dihormati. Kemudian kecoh mahu Negaraku dinyanyikan di majlis-majlis formal. Sekarang kecoh lagi pasal Negaraku dan Hattan mahu dikambinghitamkan.

Oit! Bukan ini menteri yang sama yang menyokong usul Ketua Pembangkang? Mahu jadi hero? Mahu tunjuk siapa yang lebih patriotik?

Kepala hangguk kaulah mangkuk!

8 comments:

jiGOMorrison said...

Hattan didakwa hina lagu Negaraku

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Dewan Rakyat hari ini gamat apabila seorang penyokong kerajaan menyanyikan sebanyak dua kali baris akhir lagu Negaraku bagi menunjukkan kesalahan penyanyi Hattan yang didakwanya menyampaikan lagu kebangsaan tidak mengikut versi sebenar semasa perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, penyanyi itu perlu dikenakan tindakan kerana perbuatan tersebut boleh dianggap satu penghinaan kepada lagu kebangsaan selain ia dipersembahkan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

"Versi yang salah lagu Negaraku itu dinyanyikan di hadapan 100,000 penyokong di stadium (Nasional Bukit Jalil) dan jutaan lagi rakyat Malaysia yang menonton secara langsung di televisyen.

"Saya rasa tersinggung apabila mendengarnya. Penyanyi itu patut dihukum, dia patut dihumban ke laut," katanya ketika sesi soal jawab hari ini.

Kepada soalan tersebut, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya penyanyi itu mengubah versi asalnya dengan tujuan untuk menghina lagu kebangsaan.

Beliau berkata, ini kerana penyampaian lagu Negaraku perlu menepati versi rasmi dan sebarang unsur menghina dan mempermainkan lagu tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Lagu Kebangsaan.

"Isu penyanyi Hattan mempersembahkan lagu Negaraku tidak mengikut versi rasmi di hadapan Yang di-Pertuan Agong serta ribuan penonton perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu, pihak kementerian akan meneliti dan menyiasat teguran itu sebelum sebarang tindakan diputuskan.

"Kementerian juga akan berbincang dengan Kementerian Penerangan mengenai hal berkenaan. Sekiranya didapati benar penyanyi berkenaan mempunyai niat tertentu maka tindakan akan diambil," katanya.

* dipetik dari Utusan

jiGOMorrison said...

Hattan nafi nyanyi Negaraku tidak ikut versi sebenar

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Penyanyi yang popular dengan lagu Biso Bonar, Hattan menafikan dakwaan menyanyikan lagu Negaraku tidak mengikut versi sebenar pada pembukaan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, Sabtu lalu.

Hattan atau Mohd. Shukri Shahabuddin, 41, ketika dihubungi hari ini berkata, beliau menyanyikan lagu itu seperti biasa dan ia turut dinyanyikan oleh hampir 90,000 penonton di stadium tersebut.

Malah, penyanyi itu juga mendakwa tidak melakukan sebarang kesilapan dari segi melodi dan lirik sewaktu mendendangkan lagu itu.

"Saya tidak menokok tambah melodi ataupun lirik semasa menyanyikan lagu Negaraku. Cuma lagu itu dinyanyikan tanpa diiringi muzik.

"Saya sudah menyanyi lebih 20 tahun. Jadi, saya tahulah sama ada lagu yang saya nyanyikan itu sumbang ataupun tidak.

"Sebelum saya nyanyikan lagu itu, saya terlebih dulu menyanyikannya di depan Datuk Seri Ibrahim Saad (Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia).

"Beliau (Ibrahim) kata okay. Saya cuma ikut arahan sahaja. Lagu itu sengaja dinyanyikan tanpa iringan muzik dengan harapan dapat menimbulkan semangat patriotik yang lebih tinggi di kalangan penonton.

"Takkanlah itupun salah?" soal penyanyi berstatus duda itu lagi dalam nada lantang.

Isu itu ditimbulkan oleh seorang penyokong kerajaan yang menyanyikan semula baris akhir lagu itu seperti yang dinyanyikan Hattan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Wakil Barisan Nasional Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz menyifatkan tindakan Hattan itu sebagai menghina lagu kebangsaan dan penyanyi itu patut `dihumban ke laut.'

Kata Hattan, dia kesal apabila Mohamed mengeluarkan kenyataan seperti itu yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

"Saya kesal apabila orang seperti saya dijadikan bahan politik. Seorang Yang Berhormat tidak sepatutnya menghukum dan mengeluarkan kenyataan seperti itu." katanya.

* dipetik dari Utusan

sinaganaga said...

Aku rasa. Kalau kita. Pakat2 nyanyi. Lagu Sri Mersing. Pada majis2 formal. Pun ok jugalah!

el-Maaniq said...

iye. dialah orang yang sama menyokong Lim Kit Siang.

Anonymous said...

Pak menteri sedang runsing tu.
Dia kan bakal dirujuk ke kabinet. (kerana menyokong usul Ketua Pembangkang)
Jadi dia melampiaskan kemarahannya kepada orang lain.
"Dia itu patut dihukum, dia patut dihumban ke laut." Hahahahah..

ayobkelubi said...

aahhh.

menteri.

apa dia tahu selain dari bukak topik2 picisan dlm tu?.

jiGOMorrison said...

Hattan, bendera asing terus jadi isu panas

ISU nyanyian sumbang lagu Negaraku oleh Hattan pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu terus dibangkitkan di Dewan Rakyat semalam dengan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) sekali lagi menggesa Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan membuat keputusan muktamad.

Malah, Mohamed meminta RTM menyiarkan semula rakaman kejadian itu bagi membuktikan siapa yang benar.

"Mari kita dengar melalui berita utama jam 8 malam ini dan jika terbukti penyanyi itu silap, maka Menteri (Datuk Seri Dr Rais Yatim) kena ambil tindakan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2006, semalam.

Kelmarin, Mohamad menyanyikan sebanyak dua kali baris akhir lagu Negaraku bagi menunjukkan kesalahan dilakukan Hattan. Bagaimanapun, penyanyi berkenaan menafikan dakwaan Ahli Parlimen itu.

Gesaan Mohamed itu disambut Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) yang mencadangkan supaya rakyat Malaysia yang tidak menghormati lagu kebangsaan dilucutkan kewarganegaraan.

Katanya, mereka yang mengkhianati simbol kemerdekaan negara patut menjadi warga negara lain.

Cadangan itu lantas dipersetujui Mohamed yang menyifatkannya tindakan paling tepat.

"Mereka menjadi pengkhianat sepatutnya menerima hukuman lebih dahsyat daripada hukuman penjara," katanya yang semalam mencadangkan pesalah dihumban ke laut.

Mohamed turut membidas tindakan pemain import Selangor mengibar bendera Indonesia selepas perlawanan akhir itu.

Katanya, perbuatan berkenaan mengguris hati dan menyeksa perasaan kerana dilakukan di ibu negara Malaysia.

"Biarpun Indonesia sahabat Malaysia, kita kena tengok keadaan dan masanya. Terkedu orang Selangor melihatnya hanya disebabkan pemain yang menjaringkan gol kemenangan adalah orang Indonesia," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya pemain import tidak lagi dibenarkan bermain dalam liga bola sepak tempatan bagi menjaga kepentingan pemain tempatan.

"Apa bangganya kalau saya jadi rakyat Selangor jika yang bermain bola itu ialah Pak Suharto," katanya.

* dipetik dari Utusan

Anonymous said...

hattan slack sikit je part yang last sekali tu.