Saturday, May 10, 2008

dalam

...

Abah turun dari Batu Pahat. Tapi petang itu ada mesyuarat bulanan di pejabat. Aku minta pelepasan supaya aku boleh balik awal, dan tidak hadir mesyuarat.

Bos kata, "Susahlah aku nak lepaskan. The excuse is too personal, dude!"

Memanglah personal. Family is a personal business, beb.

Dia kata lagi, "Kau nak aku guna apa untuk justify?"

Aku nak jawab, "Guna otak!" tapi aku tak sampai hati.

*** *** *** *** ***

Isteri aku kata, "sedap suara Abah mengaji."

Aku senyum.

Aku hampir tercekik bila dia kemudian menambah, "Suara awak pun sedap juga, cuma awak tak mengaji."

*** *** *** *** ***

Hei, ada sesiapa ternampak pembaca blog ini di GITN?

5 comments:

Tok Rimau said...

Abah tak ajar saya ngaji. jawab la.

Anonymous said...

:)

tasekM said...

selalu lalu sini.. tapi takut sungguh utk meninggalkan jejak.. he he.... :)

(sebenarnya aku takut tgk wajah tuan punya blog... mcm garang... tapi aku pasti.. tak makan orang)

:)

dugongsenyum said...

Falsafah tu... falsafah!

HAHAHA

Pegawai Khalwat said...

Eh... bukan hang ngaji kat mesjid saja ka?

Ha ha ha.....