...
Kata perempuan yang pernah menangis sampai meleleh air hingusnya, sambil memegang kasut tinggi yang telah patah tumitnya itu, "ramai ahli UMNO hipokrit."
Nah! Menarik bukan? Tengok siapa yang bercakap...
Apa-apa pun, aku rasa ada betulnya juga bila dia kata, "Tak bolehlah setiap kali kapal nak karam, kita angkat nakhoda buang ke laut."
Tapi kalau nakhoda pun tak tahu hala mana nak tuju, apa kehenye?
Kalau isu peralihan kuasa menjadi isunya, aku kata, sudah sepenggal pemerintahan berlalu, jadi ini bukan lagi isu peralihan kuasa. Kuasa sudah dialihkan dari satu tangan ke satu tangan yang lain. Dan orang itu sudah pun punya peluang satu penggal yang lepas, tapi sayangnya tak guna sebaik mungkin. Itulah! Dengar sangat cakap menantu, tengok apa dah jadi?
Mengulas tentang tindakan Tun M, perempuan itu berkata lagi, "UMNOlah yang bawa dia sampai ke puncak sehingga menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Apa yang berlaku ini bukan salah UMNO tapi masalah kita yang ada di dalam parti ini."
Bukankah ini satu paradoks? 'Bukan salah UMNO tapi masalah kita yang ada di dalam parti ini' itu maknanya apa? Tak tercapai akal aku nak temukan hujung dengan pangkal.
Kalau UMNO bermasalah, tidakkah UMNO bersalah?
Tindakan Tun M keluar parti, bukan kerana dia punya masalah dengan UMNO. Tapi dengan 'apa yang masih ada di dalam parti'. Kalau 'apa yang masih ada di dalam parti'itu sanggup turun, semua masalah, bukan lagi masalah.
Ada betul ka?!
Friday, May 23, 2008
Thursday, May 22, 2008
air
...
Kononnya, Ezam nak masuk UMNO.
Maka terdengarlah komen-komen orang sana sini, antaranya penyeludup wang yang terkantoi di Australia berkata, kemasukan Ezam itu memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena dengan parti pembangkang itu.
Beberapa hari lepas, mantan Presiden UMNO keluar UMNO, tapi tak dengar pula orang komen sana sini (di akhbar aliran perdana, terutamanya), keluarnya Tun M memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena dengan parti itu.
Tapi mantan Timbalan Perdana Menterinya yang pertama ada berkata, seperti 'duri terkeluar dari daging'.
Tunggulah, kot-kot ada yang berani komen, Ezam ini juga seperti 'duri yang terkeluar dari daging' atau 'gunting yang terkeluar dari lipatan'?
Heh!
*** *** *** *** ***
Bebal!
Kalau gambar ni terlalu kecil, no plat Vios Hitam ini ialah WPK 6393. Memang bebal!!

Saturday, May 10, 2008
dalam
...
Abah turun dari Batu Pahat. Tapi petang itu ada mesyuarat bulanan di pejabat. Aku minta pelepasan supaya aku boleh balik awal, dan tidak hadir mesyuarat.
Bos kata, "Susahlah aku nak lepaskan. The excuse is too personal, dude!"
Memanglah personal. Family is a personal business, beb.
Dia kata lagi, "Kau nak aku guna apa untuk justify?"
Aku nak jawab, "Guna otak!" tapi aku tak sampai hati.
*** *** *** *** ***
Isteri aku kata, "sedap suara Abah mengaji."
Aku senyum.
Aku hampir tercekik bila dia kemudian menambah, "Suara awak pun sedap juga, cuma awak tak mengaji."
*** *** *** *** ***
Hei, ada sesiapa ternampak pembaca blog ini di GITN?

Wednesday, May 07, 2008
telaga
...
Aku hantar SMS.
Tak berbalas.
Takkan merajuk? Ah, jantan kabaret sahaja yang merajuk jenis macam ni. Ha ha!
Lama lepas tu, aku telefon. Dia matikan.
Kemudian, SMS sampai. "Bateri lemah. Nanti aku telefon kau balik."
1 jam. Tiada panggilan. 2 jam. Tiada panggilan. 3 jam. Masih tiada panggilan.
18 jam kemudian, bila masih tiada lagi panggilan, aku SMS, "Lama betul kau charge telefon ya?"
Cepat dia balas, "Ha ha!"
Ptuih!!

Tuesday, May 06, 2008
sama juga
Subscribe to:
Posts (Atom)