Monday, February 11, 2008

Syurga

Adikku, mereka kata, "Jangan percaya pada khabar yang mengatakan dia telah mati. Kerana tiada bukti yang menunjukkan dia sebenarnya telah mati!"

Cuma aku terfikir, dan mulut gatal mahu bertanya, "Kalau adikku ini masih hidup, apa pula buktinya yang menunjukkan dia masih hidup?!"

Dua puluh hari lebih adalah hari yang panjang. Perit, bahkan menyiksakan.

Kalau kau masih hidup, adikku, maafkan aku kerana selalu menganggap gelas kehidupan ini separuh kosong.

Tapi kalau kau sudah berada di Syurga, maafkan mereka.

Usaha kami terlalu sedikit, bagai melepas batok di tangga.

10 comments:

spyz said...

jangankan batok, berdehem pun tak lepas agaknya...

Pegawai Khalwat said...

A'ah. Nak bagi wang ganjaran siap ada tempoh.

saharil said...

kadang-kadang, lebih baik kejapkan kaki kat tanah daripada terus berharap.. melanjutkan cerita ini membuatkan ia makin lama jadi makin palsu - macam dieksploit untuk pilihanraya, lebih-lebih lagi bila melihat gambar2 orang2 kampung posing satu grup bersama poster sambil tersengih-sengih.

p/s ejaan arkaik membuatkan jigo nampak macam orang dolu-dolu.. sengaja ke?

jiGOMorrison said...

Spyz,
Dehem-dehem macam orang selepas kencing. Nak buang saki-baki. Uhuk!!

Peg Khal,
Biasalah, tempoh siasatan pun ada tarikh tamatnya juga. Yep yep! Malaysia boleh!!

Saharil,
Ada orang cakap 'batok' tu sebenarnya bukan 'batuk'. Batok tu semacam gayung kecil yang digunakan untuk basuh kaki sebelum masuk rumah.

Jadi peribahasa 'bagai melepaskan batok di tangga', bukanlah maksudnya kau terbatuk-batuk di tangga. Nak batuk, dalam rumah pun boleh. He he!!

Tapi kalau dah basuh kaki, lepas tu tinggalkan gayung (batok) kat tangga, tu lain ceritanya.

Agaknyalah kot!

ayobkelubi said...

ya, kesian betul. kesian sungguh,macam cilake buat kerja deme semua tu!.

opsss, laporan maskara yang dah basi aku dah buat. tq

sinaganaga said...

Lama kau tak update blog - ingatkan dah 'mati' Bha ha ha.

en_me said...

me tumpang lalu jer bro..

zizie ali said...

sesiapa yg cuba eksploit isu ni unt kepentingan diri memang patut disumpah jadi berok (beruk?).

saudagar gaRAM.. said...

saudara jigo telah kembali..

artisticklytouch said...

setelah sekian lama...untuk kau dan untuk adik..