Monday, February 11, 2008

Syurga

Adikku, mereka kata, "Jangan percaya pada khabar yang mengatakan dia telah mati. Kerana tiada bukti yang menunjukkan dia sebenarnya telah mati!"

Cuma aku terfikir, dan mulut gatal mahu bertanya, "Kalau adikku ini masih hidup, apa pula buktinya yang menunjukkan dia masih hidup?!"

Dua puluh hari lebih adalah hari yang panjang. Perit, bahkan menyiksakan.

Kalau kau masih hidup, adikku, maafkan aku kerana selalu menganggap gelas kehidupan ini separuh kosong.

Tapi kalau kau sudah berada di Syurga, maafkan mereka.

Usaha kami terlalu sedikit, bagai melepas batok di tangga.