Tuesday, August 22, 2006

rabun

...

Lebih daripada selalu, sikap prejudis akan mengelabui mata dan hati kita. Ya! aku bilang, KITA! AKU dan KAU.

Contohnya, kau bencikan seseorang, jadi kau tak nampak langsung kebaikannya. Setiap salah dan silap orang lain, kau akan kaitkan padanya. Pedulilah, jika dia kenal atau tidak orang yang kau cuba kaitkan itu. Aku pun begitu juga.

Bila aku sudah cop dia sebagai penjenayah, takkan ada hinanya lagi kalau aku panggil dia anak haram, anak sundal. Aku akan gali kubur ahli keluarganya. Aku kencingkan mayatnya. Aku ludah. Aku pijak. Tapi aku masih belum puas. Belum. Belum lagi.

Masih banyak lagi yang aku belum buat.

Apa lagi yang tinggal? Dengan segala keji hina, nampaknya aku pun tak lebih bagus daripada dia. Kan?

Ya! Akulah yang bersalah kerana memainkan api itu. Tapi sayangnya, jari orang lain yang terbakar.

Maaf, bukan salah dia! Bukan salah kau! Kau cuma dirabunkan egomu itu.

Maaf sekali lagi.

Aku harap perkara ini selesai di sini. Kerana hari ini aku boleh mati dengan aman. (Itupun kalau kubur aku tak digali dan mayat aku dikencingkan!)

Terima kasih!

Wednesday, August 16, 2006

jangan

...

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
Saya sebenarnya sayangkan Tun kerana banyak kenangan manis saya bersama Tun tetapi demi lebih sayangkan parti saya terpaksa pertahankan apa yang dibuat kerajaan kerana kami sebagai wakil rakyat ada tanggungjawab kepada rakyat dan negara.


Brutus
If there be any in this assembly, any dear friend of Caesar's, to him I say, that Brutus' love to Caesar was no less than his. If then that friend demand why Brutus rose against Caesar, this is my answer: -Not that I loved Caesar less, but that I loved Rome more.

Friday, August 11, 2006

dikenyit

...

Oit! Kau tak ada kawan-kawan yang boleh pinjamkan aku RM9 juta? Aku nak juga beli saham. Ha ha!

Err, maksud aku, yang boleh pinjamkan aku dalam seribu dua. Nak buat bayar hutang.

Duit kereta sangkut lagi. Bil air, api, telefon pun nak kena bayar. Tak campur lagi duit minyak, tol! Makan minum. Isk isk isk!

Kringg kringg! Kringg kringg!

"Kau perlukan bantuan tak?"

"Kalau boleh."

"RM500 cukup? Nanti aku pindahkan dalam akaun kau."

"Terima kasih, bos! Moga Allah sentiasa murahkan rezeki."

*Plop!*

Hah? Semurni kristal?!

Wednesday, August 09, 2006

Seorang

Kaulah madu, kaulah racun. Hanya kau seorang. Buat masa ini. :)

Dian nak adik tak?

Geleng kepala bersungguh-sungguh.

:|

Tuesday, August 08, 2006

teman

...

Senja hampir tiba. Dian sudah lena terbaring di bangku belakang. Kepenatan. Dan aku pun mahu segera pulang. Juga letih melayan kerenah Dian yang tak reti duduk diam sedari pagi. Tidur pun hanya sekejap, bila bangun merengek pula mintak dilepaskan.

Sesampai di selekoh bukit menuju ke tol, kereta mati tiba-tiba. Lampu 'hazard' segera dinyalakan dan aku menghimpit ke bahu kiri jalan. Mampus!

Aku pulas kunci. Tapi hasilnya tetap sama. Kereta kojol tak berketik.

Serentak itu juga, deus ex machina muncul di hadapan. Sebuah kereta dengan lampu 'hazard' terpasang berundur ke belakang. Dua lelaki keluar dari kereta itu.

"Rosak apa, bang?" tanya seorang daripadanya.

Dalam keadaan terdesak seperti ini, aku tak punya banyak pilihan.

Nak minta pertolongan daripada pemandu lain amat payah. Kehidupan kota terlalu deras. Untuk berhenti menolong mereka yang dalam kesusahan, malah untuk menoleh sekalipun hanya membazirkan masa dan tenaga.

Jadi aku gadaikan nasibku pada penyangak, penyamun atau perompak yang sudi menolong.

Memang sah, kereta aku 'overheating'. Radiator bocor. Air yang dituang terus jatuh ke jalan. Tangki coolant kering kontang. Parah!

"Ni saya tengok dulu, kalau boleh tampal, kita tampal dulu. Itu dalam RM50, tapi kalau fiber pecah, dalam RM130. Itu tak campur upah saya. RM80."

Aku akur saja. Hari pun sudah senja, aku mahu pulang segera. Dian masih lena terbaring di bangku belakang.

Dia cabut radiator dan bawa ke bengkel. Seorang rakannya menemani aku di bahu jalan itu.

Hari semakin gelap, rakannya masih belum muncul. Dian sudah terjaga. Aku angkat dan kendong dia di bahu jalan.

Kenderaan yang melalui selekoh itu menderu laju. Malah ada yang membunyikan hon. Barangkali dia fikir, aku berpiknik gamaknya?

Lama selepas itu, rakannya pulang dengan set radiator dan kipas motor yang baru. Serahkan bil RM398.

"Itu tak campur upah saya RM80 ya, bang!"

Rabak lagilah aku bulan ni nampaknya! Aduhai!

*Ya! Ini satu lagi sebab kenapa aku belum mampu nak lunaskan hutang.

Thursday, August 03, 2006

bicara

...

Kau baru naik gaji? Dapat bonus?

Kalau sudah berkahwin, eloklah rahsiakan dulu. Kau bukan tak kenal orang perempuan ni. Dapat duit saja, belanja. Dapat duit, belanja. Tak ramai yang beringat nak menyimpan.

Katakan, gaji kau naik RM200. Bila perempuan tau saja, matilah kau! Sebaik tau kau punya wang lebih, otak mereka aktif menjana senarai barang yang mereka mahu beli. Dan kira-kira mereka juga agak pelik.

Sebagai contoh, barang yang dibelinya mungkin berharga RM250. Mereka berandaian, kau cuma berbelanja RM50 sahaja (jika dibandingkan gaji lama). Yang RM200 lagi tu seperti kupon percuma.

Macamlah kau dapat gaji tambahan tu kau main kuis-kuis saja tepi jalan. Yang kau selalu pulang lewat dari pejabat tu untuk apa?

Bila balik lambat, dia mengeluh sebab kau tak punya masa untuk keluarga. Tapi bila balik awal pun, disoal siasat juga.

"Kenapa balik awal hari ni?"

"Ah! Nak stay back buat apa? Bukan ada awek pun kat opis tu!!"

"Hah?!"

Dalam hati aku, "Padan muka kau! Banyak sangat tanya! Ha ha ha!"

*Tapi sejuta kali maaf! Aku belum mampu lunaskan hutang kau lagi!!