Thursday, July 13, 2006

kau

...

Kadang-kadang bila memandu, fikiran kau menerawang jauh. Terapung-apung sampai ke Arasy. Kadangkala terbenam ke dasar bumi.

Dan kau fikir macam-macam. Lampu kereta dari arah bertentangan mengelirukan. Orang yang berdiri mahu melintas di tepi jalan tak kau hiraukan. Kau terus memandu laju. Kadang-kadang.

Dan fikirkan apa akan jadi kalau kau merempuh pembahagi jalan. Misalnya. Atau terbang ke seberang jalan. Contohnya. Atau apa-apa saja yang boleh menyebabkan kau mati. Dengan segera. Dalam kesakitan yang cuma beberapa saat. Agaknya. Dan selalunya tanpa sempat mengucap Syahadah. Ah! Malangnya.

Ha ha! Ya! Kau rasa seperti mahu ketawa. Tapi jauh di sudut hati, kau amat takut.

Bukan! Bukan takut mati!!

Cuma memikirkan apa akan jadi pada anak, pada isteri. Kalau kau betul-betul mati. Nanti.

Apa akan jadi pada mereka? Isteri akan berkahwin lagikah nanti? Anak pula, siapa yang akan jaga? Terbelakah nasibnya nanti?

Harap-harapnya hidup mereka tak susah, kalaupun tak mewah. Harapnya duit pampasan insuran nyawa dapat menampung hidup mereka untuk beberapa ketika. Kalau banyak, mungkin boleh beli kereta baru. Tunai! Atau mungkin cukup untuk dijadikan bayaran duit muka rumah. Sekurang-kurangnya.

Kemudian, baru kau fikir tentang cukup tidaknya amalan. Dan kau benar-benar mahu hidup. Tapi kaki tak lepas menginjak pedal minyak. Dan sesekali jari menguit signal lampu tinggi.

Ah! Hidup terlalu singkat untuk disesali! Ha ha!

Vroom vroom vroom!!

Oit, bahalul! Kalau nak memandu kereta macam siput, janganlah memandu di lorong kanan!!

* Ini bukan pesanan ikhlas masyarakat 'PANDU CERMAT JIWA SELAMAT'!!

4 comments:

abdullahjones said...

Kerna itulah saya selalu katakan, pedulikan orang lain. Fikirkan diri sendiri sudah!

Bukunota said...

oit. naik komuter kalau nak khayal.

samurai said...

"Ini bukan pesanan ikhlas masyarakat 'PANDU CERMAT JIWA SELAMAT'!!"

betul. ini pesanan 'PANDU DENGAN CERMAT. INGATLAH ORANG TERSAYANG'.

dugongsenyum said...

are you married ???

Bwaahahaha