Thursday, February 09, 2006

kerana

...

Dia sudah mati semalam. Mungkin juga kelmarin.

Entah! Aku cuba mengingati bagaimana kemalangan itu terjadi, tapi semuanya sia-sia belaka. Kepala aku yang bertambah pening.

Dan berkali-kali pula mereka mengingatkan aku, dia tak mungkin kembali.

Tapi pagi tadi, aku ternampak dia berdiri di kaki katil. Memandang tepat padaku.

Mereka mentertawakan aku. Kata mereka, dia tak mungkin kembali. Dia sudah mati! Dia sudah mati! Dia sudah mati!

Tapi dia, kunampak berdiri di kaki katil. Pagi tadi!

6 comments:

sinaganaga said...

Bila kau nak start bunuh perempuan itu, dude?

Op said...

tidur tak basuh kaki la tu

Pegawai Khalwat said...

Perempuan dan katil.....

Hummm..... tilam katil tu boleh jadi barang kes.

Perempuan tu boleh jadi saksi, eh... dah mati, jadi bukti.

Anonymous said...

6 sense???
welcome to the other alam..
:-)

KoRNv6 said...

Jiggoo!!! what's up. paradigma sini... ala yang selalu kutuk kau dulu tu hehehe

Sorry.. apa khabar encik jigo.

Bukunota said...

jigo, perempuan tu mati eksiden. tak ada campur tangan asing.

kami masih meneliti. apa yang dibuatnya sebelum dia mati. kami sedang melihat di situ. di situ? :))