Friday, January 28, 2005

apa yang mereka buat di Guantanamo Bay?

...

Nampaknya jika taktik ganas tidak berkesan untuk mencungkil maklumat dari "pesalah-pesalah" Muslim, ada satu lagi cara yang boleh digunakan. Penyeksaan menggunakan taktik seksual.

>> AP: Gitmo Soldier Details Sexual Tactics

1. Sentuhan seksual (sama ada kepada diri sendiri atau "pesalah")
2. Penyoal siasat memakai skirt pendek atau seluar dalam thong sahaja
3. Penyoal siasat berpakaian T-shirt ketat atau bra sahaja
4. Penyoal siasat melumur 'darah haid' ke muka "pesalah"
5. "Pesalah" dikurung di bilik yang tidak disediakan air bersih untuk bersuci atau berwudhu'

cara ISA berkonfrantasi dengan Abuya dalam tahanan dulu?
1. Abuya disuruh menanggalkan serban dan bercukur.
2. Bila taktik pujuk gagal, Abuya digempur tanpa cukup tidur. 3 hari tanpa tidur sudah mencukupi untuk menelanjangkan personaliti sebenar seseorang itu.
3. Abuya dipaksa berseluar pendek.
4. Kerana terpaksa akhirnya Abuya akur untuk menanggalkan serban dan bercukur, sekaligus menanggalkan imej seorang Arqam.

Wednesday, January 26, 2005

K Composite


About K Composite Posted by Hello

ada telinga dengar, ada mata lihat, ada hati rasa

...

"Tadi kita borak dengan Kak Zah. Kita ngadu pasal kita tak suka awak balik lewat malam. Kita nak suami yang boleh kerja 9-6. Bertanggungjawab sebagai suami, ayah dan kawan kita.

"Dalam keadaan sekarang, kita tak peduli awak balik pukul berapa, makan ke tidak sebab kita frust dengan waktu kerja awak. Lepas tu Kak Zah suruh apologize dengan awak sebab kita tak care.

"Sorry, kita tak tabah untuk jadi isteri yang tahan dengan situation family kita sekarang. Kita minta maaf sebab tak bagitau awak apa yang kita rasa.

"Tak apalah. Dah awak memang tak boleh balik awal. Kita cuma bagitau apa kita rasa. Dalam hati kita pernah terdetik kalau camni dalam sebulan dua, kita rasa tak boleh tahan hidup dengan awak sebab tak ikhlas memasak, mengemas. Sebab kita buat semua kerja dalam keadaan benci dan marah kecuali masa jaga anak saja kita ikhlas."

Tuesday, January 25, 2005

dari balik bayang

...

tak mengapa jika kau tak kenal aku. aku masih aku yang dulu. tidak banyak yang berbeza.

waktu memang telah menyeret kita menghampiri maut, tapi aku masih belum pernah mahu berubah. masih juga teringatkan kau.

aku masih di sini. mungkin kau tak perasan. kerana aku sering berdiri di dalam bayang.

aku masih di sini. mungkin kau tak peduli. tapi tidak mengapa. kerana aku tak pernah lari.

aku masih lagi di sini.

memerhati kau dari jauh.