Thursday, August 03, 2006

bicara

...

Kau baru naik gaji? Dapat bonus?

Kalau sudah berkahwin, eloklah rahsiakan dulu. Kau bukan tak kenal orang perempuan ni. Dapat duit saja, belanja. Dapat duit, belanja. Tak ramai yang beringat nak menyimpan.

Katakan, gaji kau naik RM200. Bila perempuan tau saja, matilah kau! Sebaik tau kau punya wang lebih, otak mereka aktif menjana senarai barang yang mereka mahu beli. Dan kira-kira mereka juga agak pelik.

Sebagai contoh, barang yang dibelinya mungkin berharga RM250. Mereka berandaian, kau cuma berbelanja RM50 sahaja (jika dibandingkan gaji lama). Yang RM200 lagi tu seperti kupon percuma.

Macamlah kau dapat gaji tambahan tu kau main kuis-kuis saja tepi jalan. Yang kau selalu pulang lewat dari pejabat tu untuk apa?

Bila balik lambat, dia mengeluh sebab kau tak punya masa untuk keluarga. Tapi bila balik awal pun, disoal siasat juga.

"Kenapa balik awal hari ni?"

"Ah! Nak stay back buat apa? Bukan ada awek pun kat opis tu!!"

"Hah?!"

Dalam hati aku, "Padan muka kau! Banyak sangat tanya! Ha ha ha!"

*Tapi sejuta kali maaf! Aku belum mampu lunaskan hutang kau lagi!!

15 comments:

dugongsenyum said...

Tak dapat bayar pokok, bayar bunganya dulu pun jadilah. ekekeke

aeyjay said...

perempuan lagi yg kene ...

Kemat said...

banyaknye naik 200 rat..aku kje gomen naik ckit jer..huhu

el-Maaniq said...

Tak semua isteri begitu.
Tak semua awek begitu.
Tak semua perempuan begitu.

Sebab tak semua lelaki macam kau!

jiGOMorrison said...

Dug,
Nak bayar bunga macam mana? Sekarang ni pun, aku terpaksa kuak bunga kalau nak tengok pokok!

Aeyjay,
Ha ha! Whooops! Kau ni lelaki ke bukan?

Kemat,
2 rat tu harga sebotol minyak wangi je, bro!

Niq,
Kau tak kahwin lagi boleh la kau ngata aku macam-macam. Cuba kau kahwin, meh sini aku tengok kau jadi lelaki yang macam mana. Ha ha!

cik puan daun said...

nak lelaki yang mcm mana? nak pompuan yang macam mana?

Dah pilih dia jadi suri.. kena la tahan SEGALA-GALA..



:p

aeyjay said...

ha ha ha! ooppss saya bukan lelaki.jadi anda tau saya semestinyalah seorg perempuan.


hargailah wanita disekeliling anda biarpun kdg kala dia sikap & tabiat dia agak menjengkelkan.

anda yg pilih kan? so terimalah seadanya! jgn bnyk sgt komplen :)

jiGOMorrison said...

Daun dan Aeyjay,
First, the engagement ring.
Second, the wedding ring.
Third comes the final ring. suffeRing.

Yes, I know! I think I can handle it, but I can't! Ha ha ha!

Anonymous said...

he he he

Aku rasa macam aku tak nak cakap apa...

he he he

Pegawai Khalwat said...

Aku dah kawin... aku tak mau kata apa-apa.

Aku dah rasa.

el-Maaniq said...

kau membuatkan aku takut nak kawin la bro!

ishh ishh

ayobkelubi said...

err,tong-tong takleh ker bang?

areyoung said...

Mujo bini tak sound plak,

"O.. selama ni balik lambat tu sbb ada awek-lah yea? Ye..?"

Hihi..

jiGOMorrison said...

Kampo dan Khal,
Ha ha! Dah kena, dah rasa boleh duduk diam-diam, ya?

Niq,
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Yob,
Tong apekebendenya?

Areyoung,
Kalau dia tanya pun, apa salahnya? Bukan tak boleh jawab.

lauryn said...

hm. aku kuat berbelanja. tapi sempat menyimpan.

dia? tak tahulah duitnya ke mana. tabung kosong.

ke awek lain agaknya.

mungkin, bila sudah berkahwin, aku habiskan duitnya. biar tak sempat awek-awek lain merasa.

nah, itulah jawapan tindak-tanduk isteri.