Tuesday, August 08, 2006

teman

...

Senja hampir tiba. Dian sudah lena terbaring di bangku belakang. Kepenatan. Dan aku pun mahu segera pulang. Juga letih melayan kerenah Dian yang tak reti duduk diam sedari pagi. Tidur pun hanya sekejap, bila bangun merengek pula mintak dilepaskan.

Sesampai di selekoh bukit menuju ke tol, kereta mati tiba-tiba. Lampu 'hazard' segera dinyalakan dan aku menghimpit ke bahu kiri jalan. Mampus!

Aku pulas kunci. Tapi hasilnya tetap sama. Kereta kojol tak berketik.

Serentak itu juga, deus ex machina muncul di hadapan. Sebuah kereta dengan lampu 'hazard' terpasang berundur ke belakang. Dua lelaki keluar dari kereta itu.

"Rosak apa, bang?" tanya seorang daripadanya.

Dalam keadaan terdesak seperti ini, aku tak punya banyak pilihan.

Nak minta pertolongan daripada pemandu lain amat payah. Kehidupan kota terlalu deras. Untuk berhenti menolong mereka yang dalam kesusahan, malah untuk menoleh sekalipun hanya membazirkan masa dan tenaga.

Jadi aku gadaikan nasibku pada penyangak, penyamun atau perompak yang sudi menolong.

Memang sah, kereta aku 'overheating'. Radiator bocor. Air yang dituang terus jatuh ke jalan. Tangki coolant kering kontang. Parah!

"Ni saya tengok dulu, kalau boleh tampal, kita tampal dulu. Itu dalam RM50, tapi kalau fiber pecah, dalam RM130. Itu tak campur upah saya. RM80."

Aku akur saja. Hari pun sudah senja, aku mahu pulang segera. Dian masih lena terbaring di bangku belakang.

Dia cabut radiator dan bawa ke bengkel. Seorang rakannya menemani aku di bahu jalan itu.

Hari semakin gelap, rakannya masih belum muncul. Dian sudah terjaga. Aku angkat dan kendong dia di bahu jalan.

Kenderaan yang melalui selekoh itu menderu laju. Malah ada yang membunyikan hon. Barangkali dia fikir, aku berpiknik gamaknya?

Lama selepas itu, rakannya pulang dengan set radiator dan kipas motor yang baru. Serahkan bil RM398.

"Itu tak campur upah saya RM80 ya, bang!"

Rabak lagilah aku bulan ni nampaknya! Aduhai!

*Ya! Ini satu lagi sebab kenapa aku belum mampu nak lunaskan hutang.

9 comments:

el-Maaniq said...

Gaji naik hanya RM200 tapi kena bayar RM398.

"Itu tak campur upah saya RM80 ya, bang!"

Aku tumpang sedih.

Anonymous said...

Fikirkan yang lebih buruk, kau akan merasa lebih tenang.

Cuba kalau drive-shaft tercabut atau piston bengkok.

atau...sistem penalaan turbo enjin kereta kau menjadi tidak terkawal dan kau melalui pondok tol tanpa membayarnya lalu siren berbunyi.

aahhh...fikirkan yang baik-baik aje.

Anonymous said...

simpati...

Aqil Dot Com said...

kau pakai kete apa? ari tuh aku masa radiator aku bocor, tampal dalam rm150 jer. tuh dah campur upah. teruk gak kau kena belasah. aku simpati .

jiGOMorrison said...

Semua,
Sudah kuserahkan leherku pada algojo, dan percayalah kita tak selalu bernasib baik.

Nazri said...

Aku tumpang simpati...

dulu masa zaman bawak moto

moto selalu pancit kat highway.

Tuka tiub yang kosnya RM10, jadi 40.

Masa tu student. Miss makan.

huhuhuhu....

dugongsenyum said...

aku dulu masa ada kereta. kalau rosak parah aku akan call abang ipar mintak tolong. atau call sykt insurans mintak tow sampai rumah, upah tow tak semahal mana. dah sampai umah baru aku cari pomen kereta untuk kerjakan.

sinaganaga said...

Uuu... Sedihnya. Aku tumpang simpati.

Keluarga Zulkarnain said...

Turut berduka cita


Atas hilangnya RM 398 :(

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com