...
"Awak tak masukkan beg biru dalam kereta ke tadi?"
Bila sudah sampai di destinasi dan dialog seperti atas terlucut dari bibir pasangan anda, sudah tentu kamu pun membentak marah.
Kakak-kakak, makcik-makcik dan nenek-nenek, kalaupun ianya diletak di sebelah barangan lain yang sepatutnya dibawa ke destinasi, tapi JANGAN SESEKALI kamu mengandaikan bahawa pasangan kamu akan memasukkan barang itu ke dalam kereta.
Kalau mahu minta tolong pada lelaki, mesti jelas. Tidak boleh nak berkias-kias atau bermadah pujangga. Otak lelaki tidak diinstal dengan modul imbas-apa-dalam-fikiran-perempuan. Bukan semua lelaki dikurniakan dengan kebolehan Charles Xavier. Ingat tu, kakak-kakak, makcik-makcik dan nenek-nenek!
Dan kadang-kadang bila dibawa pula barang yang tak sepatutnya kau bawa, para perempuan ini akan bertanya pula, "Kenapa awak bawa barang ni?"
Adeh! Pulok doh!?
Bila berdepan dengan perempuan, bukan sekali kau akan berhadapan dengan dilema buat-salah-tak-buat-pun-salah! Ingat tu abang-abang, pakcik-pakcik dan datuk-datuk!! Jangan kata, aku tak bagi amaran.
Monday, July 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
delima ke dilema?
anyway, wanita bukan untuk difahami, cuma untuk disayangi(??)
Dengan wanita, kau mengaku sahajalah salah engkau.
"Ok darling, my mistake. I failed to read your mind."
Selesai masalah.
Jig,
Perempuan dicipta bukan untuk difahami oleh lelaki. Berapa kali aku mao beritahu kau, “perempuan itu -tulang rusuk yang bengkok!”
Allahualambissawab.
wanita!
ko senyummmm aje bila perkara ni berlaku.
kalo tak, lepas ni kena banyak bersaborr
moral of the story:-
kalau nak mintak tlg dgn org laki ni kene ckp direct to the point.tapi masalah lain timbul bila terlalu 'direct'.argh!!! lelaki
Maaniq,
Sudah dibetulkan. Terima kasih!
Rimau,
Dengan perempuan, bila pula masalah akan selesai? Masalah akan sentiasa ada mulanya. Kenyataan, "I failed to read your mind" sahaja sudah cukup untuk memulakan satu konflik baru.
Naga,
Ya! Bengkok tak semestinya nak bagi lurus. Tapi itulah, kalau tak ada perempuan, tidur malam kedinginan! Hah!
Esis,
Kau pun fahamlah, sabar pun ada hadnya juga. :)
Aeyjay,
'Direct' yang macam mana maksud kau?
tiada manusia yg mudah di fahami
Inagat mengingati dan
Tegur menegur :)
'direct' dlm ertikata terlalu lurus & takde kelok sana kelok sini.mungkin ckp direct pun kadangkala boleh menimbulkan konflik.
Ya, saya seorang perempuan.
angguk kepala dan tersenyum...
Fuyooo.... Charles Xavier.
Aku nak kena botak kepala la lepas ni, baru boleh baca mind perempuan.
kalau xavier pon, belum tentu ko dapat paham.
Suruh perempuan itu baca buku saya judul KOMUNIKSI INTIM!
Eh... KOMUNIKASI.. (nanti el-maaniq tegur pulak...)
dan saya pula teringatkan watak Butch di dalam 'Pulp Fiction'.
"I specifically reminded her - bedside table! On the Kangaroo! I said the words 'Dont forget my father's watch."
perempuan.....
saya yang perempuan pun tak faham perempuan, apatah nak faham lelaki!
:)
Ya, buku Puan Ainon yang bertajuk Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual juga sangat bagus. Yang belum berumah dan bertangga sangat bagus baca buku ini, apatah lagi yang sudah.
aku harap aku paham pompuan, tapi dah macam benda aku wat masih tak faham2..
lagi satu lelaki ni kalau nak minta dia buat kerja kena suruh satu-satu. jangan bagi semua task serentak. nanti hang.
rasa macam nak gelak. tapi nanti terasa macam gelakkan diri sendiri. :-)
terima kasih atas ingatan. :-)
Post a Comment