Wednesday, November 09, 2005

Universiti Kedua

 

Dulu. Aku pernah bercita-cita nak habiskan masa di penjara.

Sebelum hidup bekeluarga. Dulu. Semasa asyik dihempap masalah-masalah yang seberat balak. Aku nak duduk di penjara. Dan buat apa yang aku suka.

Membaca. Berfikir. Atau menulis, kalau sudah bosan membaca.

Tapi sebab susah sangat nak memilih kesalahan apa yang nak dibuat, aku abaikan saja cita-cita aku.

Aku bukan reformis. Bukan pemberontak jalanan. Aku tak layak jadi tahanan politik.

Kalau merogol lagi parah. Aku takut lubang belakang aku dirodok banduan lain dengan batang. Penyapu. Dan mop. Adeh!! Tak sanggup...

Kalau membunuh. Siapa yang aku nak bunuh? Lipas? Cicak? Kucing? Sebab apa?

Nak mencuri atau merompak, aku takut tak sempat sampai penjara. Mungkin aku sudah dibedal sampai mati. Atau ditembak sebaik saja keluar dari bank dengan hasil rompakan.

Mengedar dadah? Mungkin kena gantung. Sehabis bicara.

Menipu? Pecah amanah? Rasuah? Aku terlalu baik untuk kesalahan seperti ini.

Aku nak masuk penjara untuk masa yang panjang. Dan kemudian. Boleh keluar semula untuk bercerita tentang pahit maung hidup dalam penjara. Apa yang aku sudah belajar di Universiti Kedua.

Dulu.

7 comments:

Korakora said...

jigo, ko langgar saja lampu merah kat lampu isyarat dr opis ko ke rawang. mesti kena sumbat dlm penjara.

kecuali kau kena langgar dulu dgn lori minyak. habis cerita.

Anonymous said...

I would suggest, rompak saja 7-e. knowing the system, senang sket. pastuh gi surrender dekat balai polis. dapatlah experience yang dikehendaki tanpa mengjahanamkan harta benda awam.

kalau langgar lampu isyarat nanti banyak lagi eksiden boleh berlaku.

-rafthah-

izzulyfa said...

pernah lawat penjara Pudu, meremang! Seram sejuk jer masa tuh..

Ish Meen said...

hmmm... cuba try curi gula-gula kat giant ataupun kat Jaya Jusco. Mesti kena masuk lokap...

sinaganaga said...

Pergi jadi wartawan. Wartawan dah boleh masuk (holiday trip?) di penjara la ni.... Ha ha.

Anonymous said...

masuk penjara best..trylah luma haram..xbesar dan xjahat sgt. bestlah baca blog awak..

tuan tanah said...

hmmm...
saya pernah baca, seorang lelaki, seorang imigran (tidak ingat di mana) pernah didenda tidak boleh meninggalkan rumah di negara tempat dia menumpang itu atas satu kesalahan (juga tak ingat kesalahan apa).

didenda selama beberapa bulan (mungkin) tetapi kemudiannya dia minta pihak berkuasa sumbatkan dia ke dalam penjara, supaya dia menjalani sisa-sisa hukuman yg ada di penjara kerana tak sanggup mendengar isterinya membebel sahaja di rumah. dia lebih rela duduk di penjara daripada mendengar bebelan isterinya.

mungkin itu cadangan terbaik.