Wednesday, November 16, 2005

Sentuh dan pergi

...

Kau nak tahu bagaimana pertengkaran itu bermula?

Pagi. Si lelaki memandu ke tempat kerja. Sampai di tol, menuju ke laluan TnG.

Tet!

Kemudian. Palang tak terangkat. Di skrin. Baki kurang.

Kemudian, terkedek-kedek datang gadis tol yang cantik manis. Tapi mulutnya semacam puaka.

"BAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA BIIIIIIIII," lelaki menjerit. Memang sepanjang itulah harakatnya. Dari dalam kereta. Bila sudah melepasi palang.

Kereta dimatikan. Buka dompet. Wang kurang daripada RM20.

Nak top-up kejadah apa!

Lelaki keluar dari kereta. Melihat jam. Pasti lewat lagi sampai ke pejabat.

"Tak boleh bagi tiket ke?" Lelaki. Separuh menengking. Dengan muka yang bengis.

Gadis tol, terkedek-kedek berlari ke pondok sebelah.

Lelaki lihat jam. Setengah minit, seminit, seminit setengah...

"Minta maaf ya, bang," Gadis tol. Menghulurkan tiket.

Tiket dicapai. Masuk kereta. Hidup. Memecut ke Bangsar.

Semasa memecut, capai handphone. Tet tet tet!

"Baguslah awak, TnG dah habis pun tak nak bagitau. Nyusahkan orang betul!"

Hantar.

Beberapa minit kemudian. Terima.

"Padan muka. Siapa suruh tak tanya! Salah sendiri nak salahkan orang."

Tet tet tet!

"Nak kena tanya dulu ke? Dah awak yang pakai kereta, bila TnG habis bagitaulah. Tidaklah nyusahkan orang."

Hantar.

Terima. Hantar. Terima. Hantar.

Dari cerita sekecil habis baki TnG, hinggalah kisah anak.

Lelaki sudah menduga akan bertengkar. Cuma menunggu masa dan ketika. Semalam, bau belerang sudah berlegar di udara. Dan pagi ini, dia tidak perlu menunggu lebih lama. TnG adalah picunya.

Dan gunung berapi itupun meletuplah. Sekonyong-konyongnya. Dan berbogellah alam semesta.

Terima kasih TnG. Dan juga mulut puaka yang cantik jelita.

* Kisah ini hanya fiksyen. Hah!

5 comments:

sinaganaga said...

Lain kali. Beli seorang satu TnG. Yang berasingan!

Anonymous said...

boleh buat movie nih. tol gate girl II
(walaupun watak tol gate girl tu hanya 1 minit je)

Anonymous said...

selalunya
pertengkaran bukan sbb 'isu utama' sangat
tapi
sbb 'the way' we say it..

cik easy said...

alaaaa antara nak tak nak jer jadi gaduh ni.. kalau kau nak gaduh..ko create senario gaduh..tak mo gaduh..create pleasent scenario..ahahahah ..purely tactical..

Ish Meen said...

Gaduh dan Damai. Satu Keseimbangan Kehidupan.