...
Bayangkan! Kau dan aku. Punya nama seperti kebanyakan peribumi Amerika.
Kuda Gila. Kerbau Duduk. Putik Jagung. Hujan Di Wajah. Mata Putih. Bintang Pagi. Gagak Berawan. Awan Guruh Merah. Si Kecil Tanduk Bagak.
Atau. Kau boleh saja mengambil nama yang menepati iklim setempat. Kalau mahu.
Kiambang Bertaut. Kembang Tak Jadi. Harimau Merunduk. Naga Bersembunyi. Rajawali Bertenggek. Kambing Menanduk. Awan Tergantung. Belati Berdarah. Tempinis Merengek. Kerikil Pecah. Dubuk Kesiangan.
Nama aku? Hujan Tujuh Sungai.
Hah! Cuba kau bayangkan!!
Nota: Semua ini ditulis setelah membaca sejarah Peribumi Amerika, berlatarkan suara majikan lewat dinihari, "Patutlah kerja tak siap. Kau sibuk update blog rupanya!"
Friday, November 25, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya masih mahu nama tuan tanah juga! :)
Pembetulan! Nama aku - Naga Anti Sosial.
Come! We smoke for peace!
Ha ha.
Post a Comment