Tuesday, August 16, 2005

Kalau mahu mengubah dunia, rebutlah kuasa!

...

Gara-gara fitnah sudah terkena batang hidung sendiri, maka sekonyong-konyong bersabdalah Sang Penguasa, "Mulai saat ini, setiap surat layang mesti bertandatangan dan disertakan nombor kad pengenalan. Mulai detik ini, setiap nombor telefon mesti didaftarkan. Tidak kira samada pasca-bayar atau pra-bayar. Kita mahu tentang budaya pengecut ini."

Kononnyalah. Dan berubahlah kawan-kawan Sang Penguasa. Menjadi burung kakak tua. Mengulang apa yang diucapkan oleh Sang Penguasa. Berulang-kali. Macam piring hitam rosak.

Gara-gara keluarga Sang Penguasa terkena fitnah.

Sedangkan dulu, tatkala rakyat yang hina terus-terusan dihina dengan surat layang, dicerca dengan SMS, tidak berkuit pun Sang Penguasa untuk menoleh. Apatah lagi mengambil tindakan. Mungkin cukup dengan berdehem sahaja. Alahai! Seperti mereka yang baru melepaskan hajat. Di dalam tandas.

Yalah! Semuanya kerana rakyat (yang hina, sudah semestinya) tidak berkuasa. Jadi tidak mampu mengubah apa-apa.

No comments: