Friday, December 19, 2008

tumpah

...

Kalau kamu selak Harian Metro hari ini.

SHAH ALAM: Polis mengedarkan lakaran wajah lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan penculikan seorang budak perempuan malam Sabtu lalu.

Penculikan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pada jam 8.30 malam berlaku kurang 50 meter dari rumahnya di Kampung Selayang Baru ketika dalam perjalanan pulang dari kedai runcit bersama adik lelakinya berusia lima tahun.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, berkata budak perempuan itu bagaimanapun tidak dicabul ketika diculik selama tiga jam.

"Dalam tiga jam itu, penculik membawanya ke beberapa tempat sebelum meninggalkannya di sebuah surau dekat Selayang," katanya, semalam.

Khalid berkata, lelaki itu dipercayai Melayu dalam berusia 30-an, berkulit gelap, bermisai serta janggut dan mempunyai motosikal warna hitam.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada penculik itu 'pencabul Kampung Baru' atau seorang yang meniru kegiatannya. - Bernama


Ini fotofit yang diberi. Macam pernah nampak kan?


Cuba kamu bandingkan dengan yang ini. Fotofit suspek yang diambil dari kes adik Sharlinie.


Hidung ada beza, warna kulit pun lain sikit. Tapi bentuk muka macam serupa saja. Mata pun lebih kurang. Kuyu macam kena ganja.

Apa yang polis kenal pasti.
1. Dipercayai Melayu
2. Berusia lingkungan 30-an
3. Berkulit gelap.
4. Bermisai serta janggut
5. Mempunyai motosikal warna hitam.

Ini apa yang aku tambah, mengikut pembacaan aku tentang profail pemangsa seksual luar negara.
1. Selalu bertukar kerja atau tidak bekerja langsung.
2. Bujang (atau Duda)
3. Tinggal dengan keluarga / saudara.
4. Tidak berpendidikan tinggi.
5. Bukan tentera (atau bekas tentera)
6. Bukan mangsa deraan seksual.
7. Siuman.
8. Tidak dipengaruhi dadah / alkohol semasa melakukan jenayah.

Pelik juga aku, tiga jam dibawa ronda-ronda tapi tidak dicabul. Kenapa?!

Harap semua dapat bantu polis untuk kenal pasti suspek!

3 comments:

DeeN said...

Ha ah, memang sebelum neh pon perasan, wajah yg seiras abang kucing. Adakah mereka orang yg sama? Apakah motifnya? Sama2 pening. Huh.

Mohafiz MH, M.D. said...

bro,rasa2 kau orang yang sama ke?

Unknown said...

dia bawak ronda2 jer tu...pastu kenalkan budak tu bandaraya KL...