Wednesday, December 24, 2008

tempat

...

Kalau kau berpenyakit gout seperti aku, dan makan bersama teman-teman, kau pasti rasa terharu bila teman-teman menunjukkan sifat prihatin mereka.

Kata mereka, "Kau ada gout kan? Mana boleh makan udang. Sotong pun tak boleh!"

"Jaga makan!" tambah mereka lagi, "Nanti sakit datang lagi!"

Dan beberapa minit kemudian, baru kau tahu warna sebenar keprihatinan mereka.

"Hah! Sotong tu bagi aku!"

"Bagi aku udang, sotong aku tak nak!"

"Wei, aku nak juga udang tu, besar tu!!"

Ptuih! Tersangatlah prihatin!

15 comments:

DeeN said...

HaHaHaHa ...
Kire prihatinlah jugak tuh.

Anonymous said...

Ketam?

K.H said...

Banyakkan bersama dengan mereka di tempat yang jauh daripada ancaman seafood (jika berminat mahu jaga perasaan).

Mat Jan said...

hahaha...

ya la, takkan nak buang, membazir amalan syaitan...

kami prihatin dan tidak membazir...

Nazri said...

Kambing pun tak boleh makan kan?

Kasi aku ya.

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

menitis air mataku mendengar coretan ini....



haha

OP Zaharin said...

gout? dah tua kau ni
ha ha ha

Ku Keng said...

Akhirnya mata pun terjangkit gout.

addyaholix said...

ada gout? dah makin tua

dugongsenyum said...

abang ipar aku ada gout gak katanya, tapi bila raya dia bedallll je semua, haha

zulham said...

kalo aku ada member2 mcm ni, lagi bertambah gout la jadinya.

kingbinjai said...

ha ha

en_me said...

kawan menangis sukar dicarikkk.. kannns

Yana Ismail said...

hehe..mereka nk mknn kamu sebenarnya...di smping prihatin..haha positif2;)

mohd zul adzuad adam said...

okey,hahahhaa

ada benda nak disenyumkan pagi nie

kwan2 memg saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat prihatin.