...
Beruntung sungguh anak kuda itu. Beruntung juga iguana yang melekap di dadanya dan ular sawa albino yang membelit tubuh mugilnya itu. Dan aku pun berfantasi yang bermacam. Err.. tolong sediakan koko panas!
Semasa dia meluncur, terasa macam menonton Baywatch!
Satu sikap yang kadang-kadang kau pun susah nak nampak dalam diri wanita seksi ini, pandai menjaga anak dan juga gemarkan binatang.
Aku naikkan... dua ibu jari!!
Ya, ibu jari sahaja, beb! Tak berani aku nak naikkan yang lain. Takut kena kerat!!
Hah!
Friday, December 30, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
anak kuda?
iguana?
ular sawa albino?
oh.
zoophilia sungguh.
ahhh..kau berfantasi macam-macam!
Lupakan saja semua fantasi!!
Ako - Jue mengaku sedang bercinta
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
JIKA artis lain sering menafikan hubungan cinta mereka, namun tidak bagi pelakon Ako Mustapha. Pada Ako, 34, kenapa dia perlu berahsia atau menafikan hubungan yang sedia terjalin.
Ako tidak menafikan sebagai public figure dia sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Sehubungan itu, dia tidak kisah untuk berkongsi kegembiraan atau kesedihannya bersama peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya selama ini.
Malah menerusi laman web kelolaannya, Ako bercerita kisah cintanya yang tidak kesampaian bersama bekas kekasihnya, Leena.
Ini membuktikan Ako yang bakal muncul dalam telefilem Topeng di saluran Astro Ria tidak lama lagi adalah seorang yang berfikiran terbuka.
Malah Ako yang memegang watak sebagai Yusuf yang mempunyai dua karakter dalam telefilem itu juga sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan mendatang. Pada Ako, selagi bernama manusia kita tidak akan lepas daripada melakukan kesilapan dan untuk matang kita perlu belajar daripada kesilapan.
Anak bongsu daripada empat beradik itu dia lebih rela berterus terang daripada memberi pelbagai alasan atau berbohong.
"’Saya tidak pernah menyangkal atau berdolak-dalik kalau media bertanya mengenai hal peribadi. Buat apa beritahu perkara A kalau kita melakukan perkara B. Adalah lebih senang cakap perkara yang benar. Hidup pun senang tidak pening kepala, sebab kalau menipu kita mudah lupa apa yang telah diperkatakan," katanya.
Berpegang kepada prinsip itulah Ako mudah memberi kerjasama bila ditanya tentang hubungan cintanya dengan Zuliana Abd. Aziz, 22, atau Jue, salah seorang peserta rancangan realiti televisyen Malaysia's Most Beautiful yang disiarkan pada setiap Khamis pukul 9.30 malam di 8TV.
Ako memberitahu, mereka bercadang mengikat tali pertunangan pada 22 Oktober depan dan melangsungkan pernikahan pada tahun 2007.
"Mesti orang kata beraninya Ako beri kenyataan. Pada saya perkara yang baik kenapa mesti dirahsiakan. Sebagai manusia kita hanya merancang. Sama ada jadi atau tidak itu urusan Tuhan. Buat masa sekarang kalau orang tanya tentang hubungan saya dengan Jue, itulah yang boleh saya katakan," katanya penuh yakin.
Begitu juga dengan Jue. Gadis itu secara terbuka berkata salah satu sebab kenapa dia jatuh cinta pada Ako ialah kerana sikap jujur pelakon itu.
Jue dan Ako mula berkenalan melalui seorang rakan Jue pada 22 Julai lalu.
Menurut Jue, selepas pertemuan pertama itu mereka sering berbalas khidmat pesanan ringkas dan daripada situ hubungan mereka menjadi serius.
"Mulanya Jue tidak pernah ambil tahu apa drama lakonan Ako dan bila sudah kenal barulah Jue ikuti lakonannya. Ako juga sering bawa Jue ke lokasi agar Jue lebih memahami kariernya. Kalau nak kata cemburu, siapa yang tidak cemburu. Tapi bila sudah lama mengenali dan memahaminya, perasaan itu tidak wujud lagi," ceritanya sambil ketawa.
Jue yang mengendalikan perniagaan pembekalan untuk perkapalan di Pelabuhan Klang menerusi syarikat Strivers Trade sejak beberapa bulan lalu berkata, dia tidak membantah dengan cadangan Ako untuk mengikat tali pertunangan pada tarikh yang ditetapkan itu.
Malah angka 22 amat bermakna kepada dirinya kerana pada tarikh tersebutlah mereka mula bertemu. Tarikh 18 Februari (bulan dua) pula adalah tarikh lahirnya.
"Alhamdulillah, hubungan kami direstui oleh keluarga kami. Kami hanya merancang dan tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Kalau boleh biarlah hubungan kami berkekalan. Malah sekarang ini pun Ako amat rapat dengan nenek Jue," kata Jue yang kini menetap di Cheras.
Sejak menyertai program realiti televisyen tersebut, Jue yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik turut mendapat tawaran berlakon. Bagaimanapun, dia terpaksa menolak kerana belum bersedia untuk menjadi pelakon.
"Ako tidak pernah menghalang Jue untuk berlakon, cuma Jue yang belum bersedia. Sebenarnya tawaran berlakon Jue terima sebelum menyertai Malaysia’s Most Beautiful lagi," jelasnya.
Laaaa...
Aku fikir. Kau baru beli. Kalendar gambar perempuan-perempuan telanjang.
Laaaaaaaaaa...
Herppp....
Ada mata melihat, ada lensa merakam, ada nafsu meracau...
Ada paham?
Post a Comment