Thursday, December 15, 2005

jiwa dan ragaku

...

Celaka! Kalau nak cerita, ceritalah sampai habis!! Ini nak cerita sikit-sikit, buat aku tertanya-tanya.

Klu?

"pelakon wanita muda", "tinggi lampai", "kaya dengan kontroversi", "bermuka-muka berperangai baik untuk meraih simpati peminat" dan "pusat hiburan".

Kalau kau baca Harian Metro semalam, Fasha Sandha dah dikeluarkan dari senarai suspek.

Hei, berapa kerat lagikah pelakon wanita muda yang kita ada?!

Dia inikah juga yang terkenal dengan kes kasutnya?

Hah!

7 comments:

Anonymous said...

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon wanita muda yang kaya dengan kontroversi, cuba menunjukkan belang dengan mengugut untuk menendang jurugambar jika merakamkan gambarnya dalam keadaan mencolok mata di sebuah pusat hiburan, di Jalan Doraisamy, di sini, awal pagi semalam.

Pelakon yang mengenakan pakaian sehingga mendedahkan sebahagian besar bahagian belakang tubuhnya mengeluarkan perkataan terbabit sejurus melihat kehadiran sekumpulan jurugambar dan wartawan ketika polis melancarkan operasi di pusat hiburan tidak berlesen itu.

Dia yang duduk di kerusi di luar pusat hiburan terbabit, dilihat menyandarkan tubuhnya yang terdedah itu pada seorang lelaki.

Pada mulanya, kehadiran pelakon tinggi lampai itu tidak disedari sehinggalah dia tiba-tiba mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan berkenaan kepada teman lelakinya dan didengari wartawan dan jurugambar yang berada di situ.

Bagaimanapun, wartawan dan jurugambar tidak mengendahkan kata-katanya kerana mengenali perangai buruk pelakon terbabit yang sering bermuka-muka berperangai baik untuk meraih simpati peminat jika ada kontroversi membabitkan dirinya.

Ketika kejadian, wakil media membuat liputan operasi pemeriksaan rutin pusat hiburan yang dijalankan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur.

Pada masa itu, beberapa pengunjung pusat hiburan termasuk warga asing yang diperiksa, turut mencabar kesabaran pegawai polis dengan mengejek mereka berkaitan kes klip video seorang tahanan wanita diarahkan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel ketika ditahan di lokap, baru-baru ini.

Pegawai Turus Unit Cegah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) IPPK Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Zaki Masroh, berkata pengunjung pusat hiburan itu terdiri warga tempatan dan warga asing.

"Ketika pemeriksaan, ada di kalangan pengunjung menunjukkan gaya ketuk ketampi dan kemudiannya mentertawakan pegawai polis.

"Perbuatan mereka cuba menguji kesabaran polis itu bagaimanapun tidak dilayan. Sepanjang pemeriksaan, polis melakukannya dengan profesional dan langsung tidak mengendahkan gelagat pengunjung terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Mohd Zaki, pihaknya tidak terpengaruh dengan pelbagai provokasi yang dipercayai berniat mahu mencalarkan imej polis.

Selain itu, ada pengunjung yang mengatakan mereka hanya mahu minum selain berhibur dan tidak kisah jika pusat hiburan dikunjungi tidak berlesen.

"Ini adalah pemikiran yang tidak bertanggungjawab. Jika ada perkara buruk berlaku terhadap pusat hiburan seperti kebakaran, pengunjung juga yang menghadapi kesukaran.

"Mereka perlu peka dengan perkara sedemikian kerana sudah tentu pusat hiburan terbabit tidak mendapat kelulusan pihak bomba, polis serta beberapa jabatan lain," katanya.

Oleh itu, premis tidak berlesen sudah tentu mampu membahayakan atau memberi risiko keselamatan kepada pengunjung sendiri.

Dalam operasi bermula kira-kira 1.30 pagi itu, lebih 100 pengunjung pusat hiburan terbabit diperiksa untuk memastikan mereka tidak terbabit dalam gejala negatif.

"Bagaimanapun, semua mereka dilepaskan kerana tidak melakukan atau membawa sebarang bahan yang boleh membawa kepada perkara negatif.

"Pemeriksaan turut mendapati premis hiburan terbabit tidak mempunyai lesen perniagaan. Sebuah kedai makanan bersebelahan turut beroperasi tanpa lesen," katanya.

Polis kemudian merampas pelbagai peralatan audio pusat hiburan terbabit dan pihak berkuasa akan mencadangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengambil tindakan lanjut.

*Sumber: Harian Metro (Isnin 12 Disember 2005)

Sufian said...

Apapun aku salahkan jurugambar dan wartawan sebab, come on, diaorang tu jurugambar dan wartawan Mesia, perlukah aku kata lagi?... ha ha ha harakah....

Tok Rimau said...

Come on la. Suruh dia ketuk ketapi. Bangun cangkung. Teran kemut.

Apa ni bebaskan tanpa sebarang tindakan!?

sinaganaga said...

Dubuk,
Tapi. Kalau polis. Suruh dia. Ketuk-ketampi... Kita dapatlah tengok. Gambar dia. Dekat-dekat!

Wat say you?

Anonymous said...

I've emailed you regarding something kat your yahoo acct, did you get it bro jigs? and my url has changed. tukar username to loqsusaheja. trsk dah lama tutup, sorry lambat inform!

-rafthah-

Anonymous said...

Sial la, diorang belaja je tinggi, tapi tulis cite macam sial. Cuba bayangkan info dah jadi teka-teki. Nasib baik takde peraduan SMS. Kalau ada bukan Mawi aja yang kaya, berpuluh-puluh ekor mawi akan muncul. Jual berita.

Sufian said...

En Naga,

Kau nak tengok Fazura ketuk ketampi? Buat apa? Nafsu kau pada koko je kan kan kan?