...
Matahari sudah hampir terbenam. Tapi Dinheiro Grande, jika itulah namanya, tidak punya walau sebiji gula-gula pun untuk dibuat berbuka. Dia pantas berlari ke seberang jalan. Tidak menghiraukan tentang keselamatannya.
Dia masuk ke kedai runcit 24x7 yang terletak di bucu simpang. Mengeluarkan beberapa biji gula-gula dari balang di rak berhampiran. Menaburnya ke atas kaunter. Senyuman daripada si cashier yang manis itu, sedikitpun tidak dihiraukan.
Dia meraba poket belakang. Dompet dikeluarkan. Mencari-cari wang. Tapi sayang, ia hanya dipenuhi resit-resit dan kad-kad nama daripada entah siapa. Dia hampir mencarut. Untuk keseribu kalinya.
Dinheiro memeriksa lagi dompetnya. Dengan lebih teliti, kali ini. Mencari keping-keping syiling, jika ada.
Tiada.
Hanya resit-resit dan kad-kad nama. Kertas. Sampah.
Gula-gula yang bertaburan di atas kaunter ditinggalkan. Dia berlari keluar dari kedai itu. Meninggalkan si cashier terpinga-pinga.
Dia berlari ke lorong belakang kedai runcit 24x7 itu. Mencari tin kosong. Jumpa. Dia menyelongkar kembali dompetnya. Resit-resit dan kad-kad nama itu dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam tin itu.
Dinheiro mencari ruang. Jauh dari pandangan orang ramai.
Bila percaya tiada orang memerhatikannya, dia segera membuka zip seluarnya. Dan terus memancut ke dalam tin yang dipenuhi resit-resit dan kad-kad nama tadi.
Mata dipejam. Nikmat. Sudah lama dia menahan.
Bila selesai, mata dibuka. Zip seluar kembali ditarik ke atas. Kemas. Tin yang terisi sampah dari dompetnya dan juga hasil pancutannya, dikocak perlahan.
Kocak, kocak, kocak dan kocak.
Kertas-kertas itu beransur menjadi kepingan wang. Dia mengocak lagi. Hingga akhirnya kesemua sampah sarap dari dompetnya itu benar-benar menjadi wang.
Tin ditonggengkan untuk membuang air hasil pancutannya tadi. Bila air hampir tidak bersisa, wang pun dikeluarkan dari tin itu.
Wang digenggamnya. Bau daripada hasil pancutannya tadi masih ada. Tapi dia tak peduli. Dia tahu, tiada siapa pun peduli. Wang tetap wang, walau apapun baunya.
Dia melangkah masuk semula ke kedai 24x7 itu. Mencapai gula-gula yang sudah disusun kembali oleh si cashier yang manis. Dinheiro menghulurkan wang di tangannya.
"Maaf, basah sikit. Terjatuh dalam longkang."
"Tak mengapa. Masih laku," balas si cashier, tersenyum manis. Menerimanya dengan cermat.
Si cashier menyerahkan wang baki. Dinheiro mengambil bakinya dan gula-gula. Membalas senyuman si cashier.
Melangkah keluar. Azan Maghrib berkemundang dari corong masjid berhampiran.
Bungkusan gula-gula dibuka rakus. Plop! Gula-gula dimasuk terus ke mulutnya.
Hampir sahaja dia mencarut. Buat keseribusatu kalinya. Baru teringat, yang dia terlupa mencuci tangan bila selesai memancut di lorong belakang. Tadi.
Ah! Gula-gula tetap gula-gula, walau apapun rasanya.
Tuesday, October 25, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Dinheiro berjaya berbuka puasa tepat pada masanya hari itu.
realisme magis??
Post a Comment