...
Aku cuba nak jadi nujum. Bila si mulut puaka dari Sri Gading tu bersuara lagi. Di dalam parlimen. Mungkin inilah yang dia mahu buat.
Hah!
Thursday, October 20, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa saja yang terlintas di fikiran akan diseret ke halaman ini. Tapi bukan selalu. Bila sempat. Bila aku suka.
3 comments:
Radio Era boleh dikenakan tindakan tegas
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia boleh bertindak tegas terhadap stesen swasta Radio Era jika didapati penyiaran lagu klasik Mamula Moon irama Hawaii bertujuan untuk mempersendakan lagu Negaraku yang kedua-duanya didakwa mempunyai persamaan melodi.
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, tindakan itu boleh dibuat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 Akta tersebut membawa hukuman denda RM50,000 atau setahun penjara.
"Soalnya sekarang, belum ada aduan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk tindakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Shaziman mengulas kenyataan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam yang meminta supaya Radio Era menghentikan spekulasi lagu Negaraku didakwa diciplak dari lagu Mamula Moon yang berirama Hawaii itu.
Lagu Mamula Moon itu juga disebar menerusi e-mel oleh individu yang dipercayai bertujuan untuk penilaian umum terhadap keaslian melodi lagu Negaraku itu.
Ia disebar berikutan isu hangat penyanyi rock Hattan didakwa menyanyi lagu kebangsaan yang menyimpang dari rentak sebenar ketika perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia baru-baru ini.
Selain itu terdapat juga di dalam e-mail Internet sekarang menyebarkan sejarah lagu Mamula Moon dalam irama Hawaii menyamai lagu klasik Trang Bulan sebelum dibawa Ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai lagu rasmi Negeri Perak, kemudian diambil menjadi lagu Negaraku.
Berdasarkan catatan sebenar di dalam buku sejarah mengenai lagu Negaraku, ia bermula apabila lagu Trang Bulan berasal dari Kepulauan Seychelles dibawa pulang oleh Raja Abdullah (Perak) apabila baginda tamat menjalani hukuman buang negeri oleh British ke kepulauan tersebut.
Baginda dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles kerana dituduh bersubahat membunuh Residen British, J.W.W. Birch di Pasir Salak, Perak.
Lagu Trang Bulan ciptaan penggubah Inggeris bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) kemudian diberi seni kata baru untuk dijadikan lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan.
Lagu itu dipilih menjadi lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman 5 Ogos 1957 dan apabila dipersetujui, kerajaan menawarkan RM1,000 untuk mencipta seni katanya yang dimenangi oleh komposer Saiful Bahari.
Lirik dan gubahan semula Negaraku oleh Saiful Bahari itu dihasil dalam tiga versi.
Setelah sekian lama dalam irama perlahan, rentak Negaraku kemudian ditukar kepada lebih rancak dan dipersembahkan buat pertama kali semasa sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2003.
* dipetik dari Utusan Malaysia Online (20 Oktober 2005)
Negaraku kembali rentak asal
Oleh: ROSNIZA MOHAMAD
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Muktamad. Lagu Negaraku akan dikekalkan dengan rentak asal seperti yang didendangkan semasa mula diperkenalkan pada tahun 1956, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Serentak dengan itu, Rais berkata, lagu Negaraku rentak tersebut akan diwartakan di bawah Akta Lagu Kebangsaan yang berkuat kuasa selewat-lewatnya penghujung tahun ini.
"Kita akan pastikan versi dan lagu Negaraku rentak moderato tidak akan berubah lagi bagi menjaga kehormatan dan kesenian lagu kebangsaan itu.
"Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila semua pihak mencapai kata sepakat dalam membincangkan isu berhubung lagu Negaraku ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isu berhubung lagu Negaraku mula mendapat perhatian apabila Ahli Parlimen, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mendakwa penyanyi Hattan menghina lagu Negaraku kerana tidak menyanyikan lagu itu dengan versi betul pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu.
Pelbagai pihak termasuk pencipta lagu tanah air turut meminta kerajaan mengekalkan sifat muzikal lagu asal Negaraku yang dikatakan sudah sebati dengan sebilangan besar rakyat Malaysia kerana memiliki 'semangat' tersendiri yang mampu membangkitkan rasa megah dan hormat rakyat pada negara.
Menurut Rais, mesyuarat Kabinet lalu memutuskan isu berhubung lagu Negaraku itu akan dilakukan bersama dengan Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Untuk itu katanya, lagu Negaraku akan dirasmikan semula penggunaannya di seluruh tanah air iaitu selepas proses rakaman selesai dilakukan.
Dengan cara itu, Rais memberitahu, lagu yang pernah diubah rentak dan temponya pada 30 Ogos 1993 dan 2003 itu akan kekal sebagaimana asal tanpa perlu ada kekeliruan lagi.
Katanya, rentak lagu Negaraku yang lebih cepat rentaknya sebelum ini dilihat adalah tidak wajar dan kurang 'bersengat' dalam membangkitkan semangat cinta pada negara.
"Kalau ikut pembudayaan, versi dan lagu Negaraku yang lama lebih menimbulkan rasa kasih dan hormat kepada negara," ujarnya.
sumber : Utusan Malaysia Online
kurang ajar diorang tu. saja carik pasal pulak. budak2 muda tak tau sbb tu diorang kecoh. org lama semua tau.
Post a Comment