Monday, April 11, 2005

gurau senda membawa bahagia?

...

Mula-mula dia memberitahu si anak yang hanya berumur 7 bulan tu, "tak apa la sayang, Abah tak sayang kita. Dia hisap rokok tak fikir siapa nak jaga kita kalau dia sakit. Dia bawak kereta laju-laju. Kalau dia tak ada nanti, terpaksa kita cari Abah baru. Yang lebih bertanggungjawab, yang kaya, yang lebih hensem, bla bla bla."

Aku hanya menjeling saja. Tapi hati sedikit terbakar.

Aku menunggu waktu yang sesuai saja untuk memulang paku buah keras. Ada peribahasa yang mengatakan, dendam sebaiknya dihidangkan semasa sejuk.

Si anak mula menangis dahagakan susu.

"Anak menangis tu."

Tapi dia pura-pura tidur dan tidak menghiraukan permintaan aku.

Selesai membuat sebotol susu untuk si anak, aku pula berkata dengan sedikit kuat, "Tak apa la sayang, Mummy tak sayang kita lagi. Terpaksalah kita cari Mummy baru..."

"Apa?!" Tiba-tiba dia menjerit.

Heh heh heh!!

No comments: