Tuesday, April 19, 2005

Ana Pesona Rejoice

...

Ana, model kayu terbaru dari Rejoice betul-betul menghantui aku.

Bukan!!

Bukan kerana kecantikannya mempersonakan aku. Dia mungkin cantik tapi tidak sedikit pun memikat hatiku. Keletahnya menyebabkan aku mual dan sebal.

Kelmarin, dalam mata separuh tertutup melayan Melodi, tiba-tiba ternampak kelibat Ana mengganggu Wahid.

"Guna jari pun boleh!"

Ana ada di mana-mana sekarang. Bukan sekadar di restoran mamak, tapi juga di dalam bas.

Mungkin di lain waktu, Rejoice boleh menggunakan Ana untuk iklan seperti di bawah ini:-

Seorang mat rempit melalui ladang getah yang kelam. Sedang syok dia merempit, tiba-tiba Ana yang berpakaian putih bertenggek di bangku belakang motornya. Rambutnya mula mengerbang.

Ana mengilai dan berbisik pada mat rempit, "Bang, bawa motor laju sikit. Ana ada rahsia nak tunjukkan pada abang."

Mat rempit terus merempit. Laju. Rambut Ana bertambah kusut. Dan dia pula tak henti-henti mengilai di bangku belakang motor.

Fokus wajah mat rempit. Wajahnya sedikit cemas. Tanpa diketahui sebabnya, tiba-tiba motor berhenti dan tidak boleh dihidupkan lagi. Ada peluh yang berbutir di dahi mat rempit.

Ana berhenti mengilai dan turun dari bangku motorsikal. Dia berkata pada mat rempit, "Guna jari pun boleh!"

Ide untuk adegan yang lain ada juga. Tapi lokasinya dalam neraka. Mungkin tak sesuai untuk tontonan umum.

EeeeeOOOOuuuuIIIIIuuuuu!!

1 comment:

spyz said...

"Guna jari pun boleh!" - hmmm.. kadang2 aku rasa ayat ni double meaning juga.. haha..