Tuesday, February 07, 2006

tanpamu

...

Adam, Dian dan Hamizan

Seribu gambar sebegini pun tidak mungkin dapat mengungkai rasa rindu yang terbelit di hulu hati ini. Percayalah kata aku, dude!

Oh! Orang yang pandai membina plot, mengawal watak dan bermain kata-kata, akan menulis novel. Orang yang pandai bermain kata-kata, tapi kurang pandai membina plot dan mengawal watak, akan menulis cerpen. Orang yang tak pandai membina plot mahupun mengawal watak tapi bijak bermain kata-kata, akan berpuas hati kalau dapat menulis sajak.

Tapi orang yang tak pandai bermain kata-kata, apatah lagi membina plot dan mengawal watak, hanya akan mengambil gambar.

Dan mereka pun berkatalah, kononnya, satu gambar lebih bermakna dari sejuta perkataan.

Kononnya!

Friday, January 27, 2006

aku kaku

...

Peta yang mengelirukanSungguh ghairah dan bernafsu sekali kami memulakan perjalanan pagi semalam. Peta dibawa kerana takut sesat. Tapi harapkan peta, peta buat kami makin tersesat!! Cis!!

Ya! Mungkin kau mahu jerit pada kami, kalau tak tahu baca peta, jangan salahkan peta tak ikut skala. Tapi masalahnya, peta yang kami ada ini lebih mengelirukan dari peta yang dicetak di belakang kad jemputan kahwin. Sungguh!!

Tapi sesudah puas berpusing, kami sampai juga ke destinasi. Yea yeah!!

IIUM Kuantan Campus

Habis tugas di sana, kami menderu ke pantai!!

Tapi baru beberapa jam di sana, belum pun hilang lelah, belum pun puas kami skodeng, dapat pula panggilan dari KL.

"Skuad skodeng bubar segera. Kembali ke KL sekarang!" Bos.

"Kami dengar dan kami patuh!!"

Alahai!

Wednesday, January 25, 2006

tidak bermaya

...

Esok dan lusa. Tiada di sini.

Mencari cinta (atau melampias nafsu) di tepi pantai. Barangkali, mungkin.

Kuantan, aku datang! Dakaplah aku dalam berahimu!!

Hah!

Monday, January 23, 2006

aku

...

Aku rasa penyamun-penyamun itu belajar tinggi. Paling tidak pun, mereka rajin menyelak kamus. Ah! Kalau Hasnol yang jadi ketuanya, tentulah mereka ini hebat-hebat belaka.

Pejadah apa PROGNOSTIK tu?

Aku sendiri terpaksa buka kamus.

Friday, January 20, 2006

bagai

...

Kau tak ada lesen motor, tapi masih nak naik motor? Jangan risau!! Siapa kata kau memerlukan lesen?! Boleh saja kalau kau mahu menunggang motor tanpa helmet. Atau kalau mahu menunggang melawan arus sekalipun, kalau kau bernasib baik, kau akan dibaling dengan kerusi oleh pegawai JPJ.

Jangan risau, pihak JPJ akan menghantar wakil untuk berunding dengan kau. Mak kau marah-marah hingga susah nak berunding? Jangan risau, bapa kau boleh berunding dengan mereka dan minta ganti rugi RM130,000-00.

Dengan wang sebanyak ini kau boleh buka sekolah memandu.

Selamat mencuba!

Oh! Sebelum aku terlupa. Ada sesiapa yang sudi ajarkan aku hisap shisa dengan batang betik?!

Wednesday, January 18, 2006

patung

...

Jam sudah melewati 1 tengahari. Perutnya sudah berkeroncong. Itu bukan muzik yang terindah yang pernah didengarnya. Apatah lagi bila kedengaran di tengah-tengah bulan seperti ini.

Dinheiro Grande memeriksa dompetnya. Hanya dipenuhi resit-resit dan kad-kad nama sahaja. Sampah sarap.

Dia memeriksa lagi dompetnya. Senyuman terukir di bibirnya bila terjumpa dua keping wang. RM5 dan RM1. Hanya dua keping itu sahaja.

Tentu sahaja, tengahari itu dia tidak akan menjamu selera di kedai mamak. Lupakan dulu kari kas-kas. Dia perlu ketepikan dulu kehendak tekaknya. Yang penting, perutnya mesti terisi.

Dia pun melangkah laju ke gerai berhampiran pejabatnya.

"Nasi?"

Dinheiro mengangguk perlahan, sambil matanya menyapa setiap lauk yang terhidang.

Daging? Ayam? Ah! Lupakan sahaja. Dinheiro memilih lauk yang paling murah sekali. Barangkali.

Sardin dan tempe. Mungkin tak cukup murah, tetapi masih boleh ditanggungnya.

"Air apa tadi, dik?"

"Teh O suam."

"Semua sekali, RM4.30."

Dinheiro mengeluarkan dompetnya dan menyerahkan RM5. Seketika kemudian, dia menyambut bakinya.

Dia memilih tempat yang paling sudut. Jauh dari hingar bingar yang memeningkan.

Ketika ia menyuakan makanan ke mulutnya, dari jauh dia ternampak seorang lelaki buta dipimpin dari meja ke meja.

Dinheiro menundukkan kepalanya, berdoa dalam hati agar mejanya tidak disinggahi lelaki buta itu.

"Assalamualaikum! Boleh derma kat orang buta?!" orang buta itu menyapanya di sisi meja. Dinheiro pun tidak perasan bila lelaki itu sampai.

Dengan tidak menjawab salam, Dinheiro menyeluk poketnya dan mengeluarkan dompet. Sekeping RM1 yang terakhir itu dihulurkan pada si buta.

"Beruntung sungguh kau orang buta! Sekarang kau punya wang lebih banyak daripada aku."

Lompat
>> Kisah Dinheiro di bulan Ramadhan

kerana kaulah

...

You Are a Powdered Devil's Food Donut

A total sweetheart on the outside, you love to fool people with your innocent image.
On the inside you're a little darker, richer, and more complex.
You're a hedonist who demands more than one pleasure at a time.
Decadent and daring, you test the limits of human indulgence.