Monday, January 23, 2006

aku

...

Aku rasa penyamun-penyamun itu belajar tinggi. Paling tidak pun, mereka rajin menyelak kamus. Ah! Kalau Hasnol yang jadi ketuanya, tentulah mereka ini hebat-hebat belaka.

Pejadah apa PROGNOSTIK tu?

Aku sendiri terpaksa buka kamus.

11 comments:

Anonymous said...

http://dictionary.reference.com/search?q=prognostic

A sign or symptom indicating the future course of a disease.

Korakora said...

aku tak tengok prognostik tu. ocean eleven tak perlu kan nama yg ganas2 utk curi puluh2 billion dollar dari kasino las vegas.

kalau ditakdirkan ocean tu orang melayu, dan nama dia Wagiman. tentu kumpulan dia namanya Wagiman Sebelas.

Abu Irfan said...

pedulikan apa itu prognostic.

kahwini aida aris.

dan lakukan pembedahan plastik pada wajah kirinya yang hodoh itu.

tak gitu brother???

(btw, aku suka part hasnol jalan sambil hayun tongkat. macam watak alex dalam filem clockwork orange! itu je yg aku suka dalam Prognostik, yang lain, hampeh.)

jiGOMorrison said...

Amir,
Aku rasa kau tak tengok sampai habis. Penghuni Vila Teratai tu dah mati semasa kebakaran. Mereka semua tu hantu!! Tapi kalaupun Aida Aris itu bukan hantu, tentu saja aku menolak untuk mengahwininya. Terlalu banyak skandal.

Bukunota,
Wagiman tidak membawa maksud Ocean. Oleh itu, Wagiman Sebelas tidak relevan!

Shutter,
Aku bertanyakan soalan retorik, dude. Soalan retorik tidak perlukan jawapan! Aku tanya, tapi kau faham-faham sendirilah.

hana_kirana said...

Kisahnya mirip The Others. Tapi serius, penyamun-penyamun itu sudah lah terpelajar (kerana tahu perkataan Prognostik), mereka juga penyamun2 yang beriman dan agak alim, kerana sering beristighfar dan menyebut "Ya Allah Ya Tuhanku".

Ocean Eleven pun tak sealim itu.

Abu Irfan said...

hahahhahahhahah....

betul2.

penyamun2 yang beriman.sekurang2nya, bila mereka mati*, tidaklah orang2 yang masih hidup teragak2 untuk tanam di kubur mana.

bro jigo,
aku tgk sampai habis, cuma scene akhir mereka buat pengakuan bersalah tu, emosi terganggu sikit, sebab malaysia kalah badminton. heheheh.

*(semoga kita semua mati dalam iman. amiin.)

sinaganaga said...

Dude,
Kadang2. Kita pun penyamun juga. Cuma, kita tak sedar je...

jiGOMorrison said...

Dude,

Kau tengok wayang apa? Sejak bila kau berubah menulis komen yang boleh menginsafkan aku?

Berapa lama lagi sebelum kau muncul untuk Motivasi Pagi?

Pegawai Khalwat said...

prognostik? wagiman sebelas? the others?

Aku dah sesat.... benar-benar sesat.

Kembalikan aku ke pangkal jalan....

Amin....

Anonymous said...

sekurang kurangnya,
kamus ko sudah tidak berhabuk

Anonymous said...

perogol? itu aku tau la