Tuesday, January 17, 2006

jiwaku

...

"Datuk, bagaimana kalau jambatan tu runtuh? Sebab kerosakan tidak pernah diperbaiki." Media.

"Saya harap pengguna jangan risau atau terkeliru. Jangan kata jambatan, langit pun boleh runtuh!" Datuk.

"Jadi Datuk tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas kontraktor yang terlibat kerana gagal membaiki jambatan?" Media.

"Buat apa nak ambil tindakan sekarang? Kalau kontraktor itu didenda, mana mereka nak dapat wang untuk digunakan atas kos pembaikan? Kalau kontraktor itu dipenjarakan, siapa yang mahu kerja?" Datuk.

"Apa betul Datuk tidak takut akan berlaku sesuatu yang buruk atas pengguna?" Media.

"Kenapa perlu takut? Kita ada negara jiran yang pemurah dan sudi pula membantu sekiranya ada berlaku bencana! Dengan itu negara kita akan terus dibanjiri dengan aliran wang asing!!" Datuk.

Monday, January 09, 2006

Dunia

...

Kan bagus kalau aku bercuti hari ni.

Tak payah buat kerja, tak perlu kena maki!!

Itulah, orang dah bagi cuti, masih nak kerja. Tengok ni. Beban tak cukup berat, batu digalas. Akhirnya, sehelai jerami juga yang mematahkan tulang belakang aku!

Selain kena maki yang merosakkan mood aku untuk berhari raya. Pasrah sajalah, dude!!

Patutkah, aku hantar surat perletakan jawatan? Keputusan yang aku patut ambil bertahun dulu. Tapi selalu aku tangguhkan atas nama persahabatan.

Persahabatan taik kucing! Bahalul!!

Friday, January 06, 2006

bersama isinya

...

"Diam ini ada baiknya. Kurang cakap kurang dosa." Tok Rimau.

Sekarang, perhatikan gambar di sebelah dengan teliti. Inilah wajah teman-teman yang mesra duduk semeja. Tapi yang kau tak nampak ialah seorang dari mereka bertahi lalat di atas bibir (ditutupi misai), dan seorang lagi bertahi lalat di cuping telinga.

Aku pun tak berniat mahu gantungkan personaliti seseorang itu pada kedudukan tahi lalat di tubuh. Tapi menarik juga kalau kau mahu perhatikan personaliti seseorang itu dengan duduk letaknya tahi lalat di tubuh. Hei! Ini ilmu mengenal personaliti, bukan menimbang untung buruk nasib.

Jika diperhatikan, dia yang bertahi lalat di bibir ini bila bercakap cukup tegas. Tapi kadang-kadang berdesing juga telinga mendengarnya. Kadangkala, pedihnya terasa menikam sampai ke hulu hati. Sudah menjadi syarat utama kalau mahu duduk semeja dengannya: "MESTI TAHAN MAKI".

Yang bertahi lalat di cuping telinga ini pula sedikit resah bila pendapatnya dibidas. Orang-orang tua kata, jika seseorang bertahi lalat di cuping telinga maknanya orang itu seorang yang sensitif. Emosinya setipis kulit bawang. Orang-orang tua kata. Tipu mereka, tipulah aku.

Pejam mata kau. Sekarang, cuba bayangkan apa akan jadi kalau mereka berdua ini duduk semeja dan berbual.

Nah! Bila yang bertahi lalat di bibir sudah mula menyingsing lengan baju, yang bertahi lalat di cuping telinga pula akan menepis dan berpencak.

Aku? Si batu api. Cubalah teka di mana letaknya tahi lalat di tubuhku.

Hah!

Oit! Pembaca-pembaca yang lurus bendul, sila ambil perhatian!! Tiada seorang pun yang cedera semasa penggambaran ini. Kami semua (aku terkecuali) mesra-mesra belaka. Ini adalah fiksyen semata. Jika ada persamaan dengan mereka yang hidup atau mati, aku tak mahu ambil peduli.

Tuesday, January 03, 2006

relaku pertaruhkan

...

Anda kegersangan?

Mahukan teman untuk melampiaskan nafsu serakah anda?

SMSkan ON SEKS ke 36XX8.

asalkan

Pada hari Ahad yang lepas, saya mengikut Abah ke Putrajaya untuk menghadiri Gath GJ 2005. Kami sampai sekitar jam 3 petang. Sampai sahaja, saya tengok rakan-rakan Abah sudah beratur untuk mengambil makanan.

Kami duduk di meja belakang. Jauh dari lensa kamera. Suara dari pentas pun hanya sayup-sayup kedengaran. Yalah! Dah datang lambat, takkan nak duduk depan pentas?!

Abah kata, anugerah tahun ni lebih berkualiti kerana dipilih sendiri oleh panel hakim yang pernah menang anugerah sebelum ni. Tahniah untuk pemenang anugerah terutamanya Uncle Basri, Uncle Rimau, Uncle Adi dan Uncle Naga!! Yeah!

Bagus sekali persembahan Abang ND dan Abang AP. Sungguh saya terpegun. Mereka mainkan banyak lagu-lagu popular. Ramai yang turut sama menyanyi.

Ya, saya perasan juga Uncle Easy terbaring-baring menghalakan lensa kamera ke arah saya. Auntie Daun tuduh saya groupie. Jangan fitnah saya!! Saya hanya suka muzik.

Sebelah saya ni, Uncle Adi, dia senyap saja orangnya, macam Abah juga. Dari mula majlis hingga akhir majlis Abah dan Uncle Adi tak berbual langsung.

Namun keseluruhannya, saya amat berbesar hati kerana Abah sudi membawa saya bersama ke majlis ini. Bagi pihak Abah, saya mengucapkan tahniah untuk semua pihak yang terlibat. Jumpa lagi di majlis akan datang.

Yang benar,
DIAN

Friday, December 30, 2005

ku bisa menjamahi

...

Beruntung sungguh anak kuda itu. Beruntung juga iguana yang melekap di dadanya dan ular sawa albino yang membelit tubuh mugilnya itu. Dan aku pun berfantasi yang bermacam. Err.. tolong sediakan koko panas!

Semasa dia meluncur, terasa macam menonton Baywatch!

Satu sikap yang kadang-kadang kau pun susah nak nampak dalam diri wanita seksi ini, pandai menjaga anak dan juga gemarkan binatang.

Aku naikkan... dua ibu jari!!

Ya, ibu jari sahaja, beb! Tak berani aku nak naikkan yang lain. Takut kena kerat!!

Hah!

Tuesday, December 27, 2005

sekali kerdipan bersamamu

...

"Bunyi kucing macam mana?" Aku.

"Nyau.." Dian.

"Bunyi lembu?"

"Mooo.."

"Pandai, anak abah ni!!"

** ** **

Pernah tak kau terjumpa sepasang suami isteri buat tak tahu saja bila anaknya bingit membentak-bentak mahukan sesuatu? Dan kau pun berbisik di dalam hati, "Hish! Kalau anak aku, dah lama aku lempang!!"

Ah! Kau belum punya anak lagi, bolehlah kau kata begitu.

Mungkin kau tak sedar, ketika hati kau bernazar "mahu melempang", Tuhan sudah bersedia untuk menunaikan permintaan kau.

Ya! Memang anak kau, satu hari nanti, memang layak dilempang, kerana degilnya akan berganda-ganda melebihi kedegilan anak yang mahu kau lempang dulu.

Satu hari nanti, mungkin pelempang pun tidak mencukupi untuk mendiamkan anak kau itu. Atau kau sudah letih melempang, dan ia lebih baik kalau kau biarkan saja si anak membentak-bentak.

Percayalah! Ada orang yang sudah menyesal kerana Tuhan tunaikan permintaannya.

** ** **

"Eh, tengok lampu ni. Lawa kan?" Aku.

"Mooo.." Dian.