Friday, July 22, 2005

Bangsat

...

Tom Siapa?

Tancredo.

Kenapa dengan dia?

Mahu serang Mekah.

Dia tu bodoh ke gila?

Entah. Mungkin keduanya sekali.

Eh! Tepilah. Aku nak tengok TV.

Di skrin. Lelaki mencucuk langit. Dengan keris.

Bertempik tentang kelangsungan bangsa. Mahu hidupkan D-E-B. Kononnyalah. Mungkin patut buka cerita tentang D-A-P-B. Si bangsat-bangsat itu jugalah yang dapat bahagiannya. Yang lain? Nganga. Menanti buah yang tak gugur.

Tangkai buah tu lambat reput. Barangkali.

Bangsat! Kau menjerit.

***
>> Congressman suggests way to retaliate for nuclear terror
>> The "Wisdom" of Tom Tancredo

Kau buatku menangis

...

Berbelas tahun dulu. Mungkin sudahpun menginjak. Ke puluhan tahun.

Entah kenapa. Memori itu bermain lagi seperti pita yang tidak musnah walaupun sudah kubakar. Dan kucampak jauh ke tengah hutan. Bermain di fikiranku. Berkecamuk.

Aku. Duduk di tepi longkang. Pintu belakang. Di atas bukit. Menghadap jalanraya yang sibuk. Melihat kenderaan meluncur laju.

Aku cuma mahu melihat bas sekolah. Sarat dengan pelajar.

Sedang aku pula sudah hampir dua minggu ponteng. Bukan itu mahuku.

Abah sudah berpisah dengan Emak. Dan Abah terlalu sibuk untuk menguruskan pertukaran sekolahku. Dan Emak pula baru mahu mula belajar. Berdikari. BERdiri. DI atas. KAki. SendiRI. Tanpa lelaki di sisinya. Tentu agak sukar. Mulanya. Untuk membesarkan kami tiga beradik.

Abah. Mungkin sudah bernikah. Dengan perempuan itu. Entah. Aku tak pernah melihatnya. Cuma. Pernah sekali Abah membawaku. Bertandang ke rumah keluarganya. Tapi. Aku cuma duduk di kereta. Memandang ke arah rumah. Abah malu membawaku berjumpanya. Barangkali.

Dan aku duduk seperti orang bodoh. Di dalam kereta. Menunggu Abah keluar dari rumah. Perempuan itu.

Dan seperti orang bodoh. Duduk di tepi longkang. Melihat bas-bas sekolah yang meluncur laju.

Bodoh!

Tuesday, July 19, 2005

Bau apa ni?

...

Bangkai gajah manakan boleh ditutup dengan nyiur.

Monday, July 18, 2005

Wahda al-Wujud

...

Satu fahaman yang berpegang kepada kepercayaan semua benda yang ada di dunia ini selain Allah merupakan penzahiran Allah iaitu Allah menampakkan diriNya melalui penzahiran. Tersebut di dalam kitab "Taqrib al-Usul li at-Tashil al-Wusul li Ma'rifatilLah wa ar-Rasul" (تقريب الأصول لتسهيل الوصول لمعرفة الله والرسول )

"orang yang beriktiqad sedemikian rupa hendaklah dibunuh dan dicampakkan mayatnya untuk habuan anjing".

Dewa - Satu

Aku ini adalah diriMu
Cinta ini adalah cintaMu

Aku ini adalah diriMu
Jiwa ini adalah jiwaMu
Rindu ini adalah rinduMu
Darah ini adalah darahMu

Tak ada yang lain selain diriMu
Yang selalu ku puja
Ku sebut namaMu di setiap hembusan nafasku
Ku sebut namaMu, ku sebut namaMu

Dengan tanganMu aku menyentuh
Dengan kakiMu aku berjalan

Dengan mataMu aku memandang
Dengan telingaMu aku mendengar
Dengan lidahMu aku bicara
Dengan hatiMu aku merasa


Atau.

M. Nasir - Ada

Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua

Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah

Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan

Dalam hutan
Ada taman
Dan dalam taman
Ada puterinya
Dalam baju
Ada cinta
Dan dalam cinta
Ada segala-galanya

Dalam awan
Ada hujan
Dan dalam hujan
Ada lautan
Dalam aku
Ada Dia
Dan dalam Dia
Ada kita; ada semua


Mungkin. Bukan Wahda al-Wujud tapi sekadar Wahda al-Shuhud. 'Oneness of perception'. Sabda Nabi s.a.w. mengenai ihsan. "Sembahlah Allah seolah-olah kau melihatNya".

Allah adalah punca dan penyebab segalanya.

Andaikan dunia ini sebagai kaca yang telus pandang. Memang. Kaca itu wujud. Tapi bila kau merenung tepat padanya, kau hanya nampak apa yang ada di belakang kaca.

Mungkin.

Friday, July 15, 2005

Dari lipatan warkah sejarah berdarah

...

Pemandangan yang menakjubkan. Sebilangan dari kami (mereka ini yang lebih bersifat belas ehsan) memenggal kepala-kepala musuh mereka; manakala yang lain memanah supaya musuh jatuh dari menara; yang lain menyeksa musuh mereka lebih lama dengan mencampakkan mereka ke dalam unggunan api. Timbunan kepala, tangan dan kaki dapat dilihat di setiap ceruk lorong di bandar. Hinggakan untuk bergerak, perlu untuk memindahkan mayat musuh dan bangkai kuda mereka terlebih dahulu.

Tapi ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang terjadi di XXX, di mana ibadah selalu dilakukan. Di dalam dan di perkarangan XXX, kami terpaksa menunggang mengharung darah separas lutut dan tali kekang.

Thursday, July 14, 2005

Carut Karut Marut

Namanya Alis Suryani. Bijak. Periang. Sopan.

Tapi pagi itu, setelah bangkit dia tidur Alis termenung panjang. Hatinya bagaikan ada lubang. Besar. Segala isi dunia dan langit pun belum tentu dapat mengisi ruang yang lompong itu.

Dia berjalan ke jendela. Langit mula cerah. Hari yang indah untuk memulakan kehidupan. Tapi tidak baginya.

Dia menuju ke meja di tepi jendelanya. Mencapai kertas dan pen. Dia cuba menulis apa yang dirasanya ketika itu. Tapi baru beberapa patah, dia merenyuk kertas dan membuangnya ke lantai. Itulah yang dibuatnya berulang-ulang kali.

Dia hanya berhenti ketika panas mula terasa. Dan perut minta diisi.

Alis keluar dari biliknya. Turun ke dapur. Capai pisau. Hiris pergelangannya sendiri. Berulang-ulang kali.

Sudah tentu kau tau apa kesudahannya.

Wednesday, July 13, 2005

Jalan Telawi [dot] Com

"Semua karya terjemahan di laman ini diterjemah dan disiarkan tanpa kebenaran para penulis atau penerbit karya asal berkaitan. Kami bersedia membatalkan penyiaran karya-karya yang berkenaan dengan serta-merta sekiranya ada bantahan dari pihak yang berkenaan."

Menarik kan?

Bayangkan. Deretan meja. Jual VCD. Dengan sepanduk.

Semua VCD dan DVD yang terdapat di atas meja ini telah dicetak semula tanpa kebenaran pengkarya atau pengusaha asal filem. Dan sudah tentu kesemua barangan tersebut dijual dengan harga yang lebih murah. Kami bersedia menutup meja (dan berpindah ke tempat lain) dengan serta-merta sekiranya ada bantahan dari pihak yang berkenaan (mahupun gangguan pihak penguatkuasa).

Bayangkan.