...
Satu fahaman yang berpegang kepada kepercayaan semua benda yang ada di dunia ini selain Allah merupakan penzahiran Allah iaitu Allah menampakkan diriNya melalui penzahiran. Tersebut di dalam kitab "Taqrib al-Usul li at-Tashil al-Wusul li Ma'rifatilLah wa ar-Rasul" (تقريب الأصول لتسهيل الوصول لمعرفة الله والرسول )
"orang yang beriktiqad sedemikian rupa hendaklah dibunuh dan dicampakkan mayatnya untuk habuan anjing".
Dewa - Satu
Aku ini adalah diriMu
Cinta ini adalah cintaMu
Aku ini adalah diriMu
Jiwa ini adalah jiwaMu
Rindu ini adalah rinduMu
Darah ini adalah darahMu
Tak ada yang lain selain diriMu
Yang selalu ku puja
Ku sebut namaMu di setiap hembusan nafasku
Ku sebut namaMu, ku sebut namaMu
Dengan tanganMu aku menyentuh
Dengan kakiMu aku berjalan
Dengan mataMu aku memandang
Dengan telingaMu aku mendengar
Dengan lidahMu aku bicara
Dengan hatiMu aku merasa
Atau.
M. Nasir - Ada
Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua
Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah
Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan
Dalam hutan
Ada taman
Dan dalam taman
Ada puterinya
Dalam baju
Ada cinta
Dan dalam cinta
Ada segala-galanya
Dalam awan
Ada hujan
Dan dalam hujan
Ada lautan
Dalam aku
Ada Dia
Dan dalam Dia
Ada kita; ada semua
Mungkin. Bukan Wahda al-Wujud tapi sekadar Wahda al-Shuhud. 'Oneness of perception'. Sabda Nabi s.a.w. mengenai ihsan. "Sembahlah Allah seolah-olah kau melihatNya".
Allah adalah punca dan penyebab segalanya.
Andaikan dunia ini sebagai kaca yang telus pandang. Memang. Kaca itu wujud. Tapi bila kau merenung tepat padanya, kau hanya nampak apa yang ada di belakang kaca.
Mungkin.
Monday, July 18, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Dengan nama Allah Tuhan yang Mha penyayang lagi Maha Pengasihani.
Astafirllah.......mengucap san selawat..... anad perlu bertahjud dan memohon perlindungan kepada allah dari ditipu golongan salafi dan wahabi........ jangan celupar dengan ulama ........ anada mungkin sempat bertaubat..... Manusia yag hendak anda cincang tu adalah wali Allah...... kita mungkin tak faham maksud ahli makrifat sebab kita orang awam..... kalau anda ingin tahu apa itu wahdatul wujud rujuk kitab Tanbih al-Ghabi fi Takhti’ah Ibn ‘Arabi, Imam Jalalud-Din as-Suyuti rh ... Jangan hanya dengar kata Rasul Dahari beliau seorang wahabi yang keras menentang golongan tasauf...dan ahli sunnah
Correction. Wahabi tidak menentang golongan tasauf dan ahli sunnah. Wahabi cuma menegaskan supaya kembali kepada ajaran nabi Muhammad. Bukakan sebaik-baik contoh adalah rasulullah S.A.W? Oleh itu, ajaran bidaah dilarang keras. Sehubungan dengan itu juga self interpretation of the religion. It's true,al-quran di tangan seorang yang fanatik lebih bahaya daripada segelas arak di tangan seorang pemabuk.
Betul, kita harus hindarkan diri dari menjadi seorang religious zealot = terrorist (tak kisahlaa kalau tak pernah jumpa pistol pun sepanjang hayat masih dikira terrorist). Kita harus berubah mengikut predaran masa oleh itu, kata sisters in Islam, intrepretation of Islam juga harus mengikut peredaran masa.
Ye ke? Sekarang siapa ikut siapa? Umat mengikut agama atau agama mengikut umat? Tuhan pula bagaimana? Ikut siapa?
Kalau disamakan makhluk dengan tuhan, mana tempat kita? Syirik namanya.
Sedarlah. Astagfirullahalazim.
Post a Comment