Wednesday, August 27, 2008

kata

...

Marah sungguh Dian, bila aku gelar dia Zohan.

Tapi tidak semarak marahnya isteri aku, bila dia sedar Dian sudah menggunting rambutnya sendiri.

Mungkin Dian mahu cuba fesyen Avalon. Bosan barangkali berambut panjang.

Kalau rambutnya dihimpunkan semula, lebih dari cukup untuk menutupi kepala anak patung bersaiz sederhana.

*** *** *** *** ***

Semalam adalah harijadi Dian yang keempat. Alhamdulillah!

Moga besar nanti, hilang sedikit degil dan nakalnya. Ya, Tuhan! Aku cuma minta dihilangkan sedikit sahaja degil dan nakalnya.

Amin!

11 comments:

dugongsenyum said...

Aku ada tiga budak nakal. Adui.

tasekM said...

dia budak pandai~

Ku Keng said...

Semoga dapat bermula berpuasa.

Ramadhan Karim

sinaganaga said...

Muhammad dan Emily pun pernah gunting rambut mereka sendiri. So, jangan risau sangat! :)

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

ada ikut ayah dia ke apa ni?

addyaholix said...

doa ayah dan mak waktu aku kecil juga sama ~

ceri masam said...

zohan...

mesti cute!
:)

. said...

percubaan je tu.
malam nanti boleh gunting rambut abah.
fesyen avalon.

saudagar gaRAM.. said...

at least dia tak buta fashion..

hahahahhaa....

Pyanhabib said...

selamat hari raya aidilfitri

lauryn said...

haha. biasalah budak2.

mak saya bagi saya lepas di KL kerana katanya saya seorang yang degil dan keras hati.

jadi, dia percaya saya boleh menjaga diri kerana kedegilan saya.

ada baiknya juga degil ni..