Tuesday, June 24, 2008

dilahirkan

...

Belum puas aku bergembira, Ahad malam yang lepas, pakar sakit puan itu kata kamu sudah tiada. Gula dalam tubuh mummy kamu terlalu tinggi, hingga membunuh kamu.

Tapi Ahad lepas, aku bawa mummy kamu ke klinik dan lihat kantung kamu masih ada. Doktor di klinik pun kata, selalunya kalau kamu tiada, kantung kamu pun akan gugur sekali. Tapi kami lihat kantung kamu masih elok.

Mummy kamu ditahan di wad. Bila diperiksa sekali lagi, doktor di wad kata mahu beri kamu peluang sekali lagi.

Aku pun tak tahu kamu masih ada atau tidak. Nadi kamu tidak (atau belum) dapat dikesan.

Mungkin terlalu awal, atau sudah terlewat.

*** *** *** *** ***

"Dian, mari sini. Mummy nak cakap sikit."

"Apa dia?"

"Adik dalam perut ni dah tak ada tau."

"Ya? Dia pergi mana?"

"Jalan-jalan jauh. Jumpa Tuhan."

"Jumpa Tuhan sebab nak bagi elok?"

Hmm...

14 comments:

tasekM said...

harap kamu tabah ye bro...

begitulah adanya jika gula dlm darah si ibu tinggi...

aku dulu... hampir 9 bulan cucuk insulin... lebam2 satu badan...

ShutterSpeaks said...

sorry to hear about that dude... InsyaAllah, ada rezki lain kali...

entri ko kali ni sedey betul dude..

Tok Rimau said...

Sedih. Kau buat mata aku berair.

ayobkelubi said...

bang,

tak sangka aku.

:(

Anonymous said...

Tuhan lebih mengetahui...

setiap kejadian dan perkara.

The Wifey said...

:(

hang on there

S.YanaZ said...

Maaf, mencelah...

Kadang2 dia beri, dan kemudian ambil balik.
Mcm kita juga, akan diambil bila tiba saatnya.

Semoga Tabah!

Kemat said...

aku terpaku, terharu... moga kamu terus tabah

tuan tanah said...

:(

I'm so sorry.

cik puan daun said...

:(.. salam takziah beb :(

sinaganaga said...

takziah

dugongsenyum said...

Takziah.

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

akum bang
takpe la dah DIA bagi pinjam kejap je :(
ape pon kat depan syurga dah ade yang menunggu

Feeyona said...

takziah utk kau dan borg...