...
Kata perempuan yang pernah menangis sampai meleleh air hingusnya, sambil memegang kasut tinggi yang telah patah tumitnya itu, "ramai ahli UMNO hipokrit."
Nah! Menarik bukan? Tengok siapa yang bercakap...
Apa-apa pun, aku rasa ada betulnya juga bila dia kata, "Tak bolehlah setiap kali kapal nak karam, kita angkat nakhoda buang ke laut."
Tapi kalau nakhoda pun tak tahu hala mana nak tuju, apa kehenye?
Kalau isu peralihan kuasa menjadi isunya, aku kata, sudah sepenggal pemerintahan berlalu, jadi ini bukan lagi isu peralihan kuasa. Kuasa sudah dialihkan dari satu tangan ke satu tangan yang lain. Dan orang itu sudah pun punya peluang satu penggal yang lepas, tapi sayangnya tak guna sebaik mungkin. Itulah! Dengar sangat cakap menantu, tengok apa dah jadi?
Mengulas tentang tindakan Tun M, perempuan itu berkata lagi, "UMNOlah yang bawa dia sampai ke puncak sehingga menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Apa yang berlaku ini bukan salah UMNO tapi masalah kita yang ada di dalam parti ini."
Bukankah ini satu paradoks? 'Bukan salah UMNO tapi masalah kita yang ada di dalam parti ini' itu maknanya apa? Tak tercapai akal aku nak temukan hujung dengan pangkal.
Kalau UMNO bermasalah, tidakkah UMNO bersalah?
Tindakan Tun M keluar parti, bukan kerana dia punya masalah dengan UMNO. Tapi dengan 'apa yang masih ada di dalam parti'. Kalau 'apa yang masih ada di dalam parti'itu sanggup turun, semua masalah, bukan lagi masalah.
Ada betul ka?!
Friday, May 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
tidak.
paradok ke? ermmmm, mcm ironi je. he he.
nasib baik aku non partisan. lantakla hehe.
yang dalam UMNO itu kena pergi PLKN
Post a Comment