Monday, July 17, 2006

duit

...

"Awak tak masukkan beg biru dalam kereta ke tadi?"

Bila sudah sampai di destinasi dan dialog seperti atas terlucut dari bibir pasangan anda, sudah tentu kamu pun membentak marah.

Kakak-kakak, makcik-makcik dan nenek-nenek, kalaupun ianya diletak di sebelah barangan lain yang sepatutnya dibawa ke destinasi, tapi JANGAN SESEKALI kamu mengandaikan bahawa pasangan kamu akan memasukkan barang itu ke dalam kereta.

Kalau mahu minta tolong pada lelaki, mesti jelas. Tidak boleh nak berkias-kias atau bermadah pujangga. Otak lelaki tidak diinstal dengan modul imbas-apa-dalam-fikiran-perempuan. Bukan semua lelaki dikurniakan dengan kebolehan Charles Xavier. Ingat tu, kakak-kakak, makcik-makcik dan nenek-nenek!

Dan kadang-kadang bila dibawa pula barang yang tak sepatutnya kau bawa, para perempuan ini akan bertanya pula, "Kenapa awak bawa barang ni?"

Adeh! Pulok doh!?

Bila berdepan dengan perempuan, bukan sekali kau akan berhadapan dengan dilema buat-salah-tak-buat-pun-salah! Ingat tu abang-abang, pakcik-pakcik dan datuk-datuk!! Jangan kata, aku tak bagi amaran.

Friday, July 14, 2006

Thursday, July 13, 2006

kau

...

Kadang-kadang bila memandu, fikiran kau menerawang jauh. Terapung-apung sampai ke Arasy. Kadangkala terbenam ke dasar bumi.

Dan kau fikir macam-macam. Lampu kereta dari arah bertentangan mengelirukan. Orang yang berdiri mahu melintas di tepi jalan tak kau hiraukan. Kau terus memandu laju. Kadang-kadang.

Dan fikirkan apa akan jadi kalau kau merempuh pembahagi jalan. Misalnya. Atau terbang ke seberang jalan. Contohnya. Atau apa-apa saja yang boleh menyebabkan kau mati. Dengan segera. Dalam kesakitan yang cuma beberapa saat. Agaknya. Dan selalunya tanpa sempat mengucap Syahadah. Ah! Malangnya.

Ha ha! Ya! Kau rasa seperti mahu ketawa. Tapi jauh di sudut hati, kau amat takut.

Bukan! Bukan takut mati!!

Cuma memikirkan apa akan jadi pada anak, pada isteri. Kalau kau betul-betul mati. Nanti.

Apa akan jadi pada mereka? Isteri akan berkahwin lagikah nanti? Anak pula, siapa yang akan jaga? Terbelakah nasibnya nanti?

Harap-harapnya hidup mereka tak susah, kalaupun tak mewah. Harapnya duit pampasan insuran nyawa dapat menampung hidup mereka untuk beberapa ketika. Kalau banyak, mungkin boleh beli kereta baru. Tunai! Atau mungkin cukup untuk dijadikan bayaran duit muka rumah. Sekurang-kurangnya.

Kemudian, baru kau fikir tentang cukup tidaknya amalan. Dan kau benar-benar mahu hidup. Tapi kaki tak lepas menginjak pedal minyak. Dan sesekali jari menguit signal lampu tinggi.

Ah! Hidup terlalu singkat untuk disesali! Ha ha!

Vroom vroom vroom!!

Oit, bahalul! Kalau nak memandu kereta macam siput, janganlah memandu di lorong kanan!!

* Ini bukan pesanan ikhlas masyarakat 'PANDU CERMAT JIWA SELAMAT'!!

Wednesday, July 12, 2006

pilih

...

Oit! Sy(E)d Barrett mati oi!!

Siapa?!

Co-founder Pink Floyd.

Hah?

Ok, lap hingus kau hijau dulu dan kemudian klik pautan.

Terima kasih! Ha ha!