Jumaat. Restoran Fathima. Tengah hari. Waktu mengesot menghampiri Zuhur.
"Kau ingat lagi tak dengan cerita S selepas dia balik daripada umrah?" tanya seorang sahabat yang datang menyinggah semasa pulang ke tanah air.
"Yang mana satu?"
"Ala! Cerita pasal doa dia di depan Kaabah."
"Yang mana satu?!"
"S bercerita, dia berdoa bersungguh-sungguh depan Kaabah. Minta Allah tetapkan iman dia. Dia berjanji untuk tinggalkan benda-benda mungkar yang dia buat, kecuali satu saja yang dia sukar nak penuhi."
"Apa dia?"
"Onani!"
Dan kami tertawa berdekah-dekah. Sekilas itu juga lagu Iwan Fals terngiang di telinga.
jangan bicara soal idealisme
mari bicara berapa banyak uang di kantong kita
atau berapa dahsyatnya
ancaman yang membuat kita terpaksa onani
S memang gila onani. Habis dinding biliknya dipancut dengan sperma. Dindingnya penuh berpeta dengan lendir kering seperti hingus yang meleleh. Hingga sahabat aku yang satu ini takut mahu duduk bersandar ke dinding bila melepak di bilik S.
Tapi Allah lebih sayangkan S. Dia selamatkan S dari terus-terusan onani dengan menganugerahkannya dengan jodoh yang cepat.
"Aku sampai sekarang masih tak percaya S dah berkahwin dan punya 3 orang anak!"
"Kau ingat apa nasihat J pada S bila dia tau tentang kegilaan S itu?" Aku.
"Apa?"
"J cakap, habislah kau nanti S. Yang baik-baik dah keluar dulu. Yang tinggal nanti yang kurang kualitinya. Yang tinggal cuma yang nakal, yang jahat, yang bongok dan yang dungu!"
Dan kami tertawa lagi. Hingga berderai air mata di Restoran Fathima, tengah hari Jumaat itu.
7 comments:
Mungkin juga yang di dinding tu yang jahat-jahat.
Oh, amat menarik lagu iwan fals itu. Bagaimana agaknya bunyi lagu itu sebenarnya?
Ha ha. Ada senior aku sorang - onani dan simpan dalam balang buat perhiasan kat dorm. Ha ha.
Hmmm kata petua..jika ingin air nikmat itu terjana untuk menghasilkan benih yang baik.. kala bersenggama hendaklah si pria dan sang jelita berada dalam tahap yang sama mencapai puncak nikmat (klimaks)...lantas hormon2 yang terangsang tersebut akan membuahkan percampuran kimia dalam nisbah terbaik utk menjana seorang insan kamil di muka bumi... lantas berjedalah kedua bakal ibu bapanya seketika...
cubaan nak bikin grafiti kat bilik sendiri.
Ha ha ha....
ada betulnya juga kot. Jangan.
Post a Comment