Tuesday, May 30, 2006

rumit

...

"Jom tidur!"

Ah, sudah! Kerja tengah banyak, isteri pula ajak tidur. Bukan! Ini bukan sedutan iklan syampu isteri bertudung yang suaminya telefon ibunya untuk memberitahu, "Minggu ni kami tak dapat datang, mak. Ada hal sikit!"

Eleh! 'Ada hal sikit' konon!! Anu kau dah mengaum, kan? Kan? Kan?!

Ok, balik kepada cerita aku tadi. Aku tanya isteri aku balik, "Apasal?"

"Dian bagitau benda yang tak seronok nak dengar."

"Apa dia?"

"Dia cakap jangan tutup lampu. Takut hantu!"

Huh?!

Minggu sebelumnya, ramai pelajar perempuan yang histeria.

Kau pun taulah budak-budak sekolah ni. Bila tiba musim periksa saja, ramai yang histeria. Mungkin stress, kot?

Dian memang selalu ikut ibunya meronda di asrama. Ketika di bilik di mana budak histeria itu berehat, Dian berlari-lari di keliling budak itu dan kadangkala berhenti sebentar. Sambil jari menuding ke syiling Dian berkata, "Hantu! Hantu!"

Kemudian sambung berlari. Berhenti. Tunjuk ke tingkap pula, "Hantu! Hantu!"

Ceh!

Dan orang cakap kawasan ni memang keras. Tempat orang-orang dulu buang puaka.

Ya! Dan memang ada jin di sini. Jin perempuan dua beradik. Di sebatang pokok ceri. Mahu berkawan dengan pelajar perempuan di sini.

Sungguh!!

11 comments:

Mansoor Qaisar said...

nice one.... keep it continue

sinaganaga said...

Dude,
Ada pakej (fer muslim) murah ke Jepun. Jom!

Anonymous said...

apasal lah dorang buat sekolah semua kat tempat keras2. kebanyakkan sekolah berasrama mesti ada masalah yang sama. tanah keras.

jiGOMorrison said...

Mansoor,
Faham ke?

Naga,
Berapa murah?

Op,
Bukan setakat tanah keras. Ada juga pokok keras. Potong pakai gergaji besi pun tak lut!

Pegawai Khalwat said...

Bab iklan tu (aku tahu iklan tu, aku pernah tengok) aku memang tak paham.

Bab hantu ni, aku rasa elok juga budak-budak ni diajar ketabahan berkawan dengan hantu dan jin ni.

Dari berkawan dengan hantu rempit, jin bohjan.

Yang tu tak takut pulak. Dok menjerit huha huha tak apa pulak.

cik easy said...

anak ko clairvoyant ka? aku rasa dia mmg clairvoyant~ tahniah!!!

jiGOMorrison said...

Jinwhisperer barangkali. Check it out!

artisticklytouch said...

Kau dah bagitahu penerbit misteri? untung-untung diaorang boleh shooting dekat tempat kau

Korakora said...

easy, budak2 mmg clairvoyant. anak aku bila bawa ke shopping complex, senyap tak ketik.

terkejut kot tengok ramai sangat hantu. hantu beli belah! :)

Anonymous said...

aku tak suka lelaki dalam iklan tu. sungguh tak patut dia tak sedar kecantikan dan keistimewaan isteri dia sebelum pakai syampu tu.

setiap kali aku tengok iklan ni, aku akan dapat dosa kering sebab mengeji lelaki tersebut.

Amyz! said...

isk. ngeri. dulu anak buah aku. bila maghrib pandang dinding, lama. kemudian gelak. org panggil tak toleh langsung. pandang je dinding tu. isk.