...
Dua bulan lepas, heboh! Kecoh sekampung! Jadi polemik di ruangan akhbar.
Artis itu sudah diceraikan melalui SMS.
Bukan! Aku bukan bercerita tentang artis yang itu. Ini artis lain. LAIN!! Terlalu kecil namanya. Tak ramai yang sedar betapa hebatnya dia sebagai ratu drama.
Kecoh kerana dulu dia yang beriya-iya meminta cerai. Macam-macam perangai dan kerenah dibuatnya. Kalau orang biasa mungkin tak tahan. Tapi suaminya bukan orang biasa. Mungkin bukan setaraf wali, tapi sifat sabarnya cukup tinggi.
Artis ni berbuih mulut menyumpah seranah, tapi suaminya diam sahaja. Pernah sekali dia mengunci suaminya di luar rumah, tapi suaminya hanya tersenyum saja bila disapa jiran-jiran. Tak cukup dengan itu, pernah dilonggokkan pakaian suaminya di hadapan rumah dan dijadikan unggun api.
Gila agaknya perempuan ini! Itulah yang selalu dibisikkan jiran-jirannya bila mereka bertemu sesama sendiri.
Tapi sabar pun ada tahapnya juga. Akhirnya, si suami menghantar SMS. Melepaskannya. Tak tahan dituduh dayus.
Bila membaca SMS daripada si suami, artis tersenyum. Puas! Kerana cita-citanya untuk mengahwini teman lelakinya sudah hampir tercapai. Tapi bila diwawancara, dia tanpa silu mengalirkan air mata, melelehkan air hidung.
"Saya sudah diceraikan!"
Esoknya, gempar media dengan berita perceraiannya. Suaminya dituduh dayus kerana menceraikannya melalui SMS.
Memang! Dia memang aktres yang hebat! Ramai peminat menghulurkan simpati, meminjamkan bahu. Kalaulah mereka sedar akan helah artis ini.
Tapi kelmarin kampung itu kecoh lagi. Heboh! Beritanya melata di muka ruangan gosip.
Artis ini dilihat setiap hari bertunggu tangga di depan pejabat suaminya. Mahu rujuk kembali katanya. Dan dia terus memujuk, "Terimalah saya kembali. Saya tahu saya dah buat silap, maafkanlah saya. Saya rela dihukum, asalkan abang sedia ambil saya kembali sebagai isteri!"
Gila agaknya perempuan ini! Itulah yang selalu dibisikkan rakan-rakan sekerja suaminya bila mereka bertemu sesama sendiri.
Khabarnya teman lelaki yang digila-gilakan artis ini sudah beristeri. Dan artis ini tidak pula rela berkongsi kasih. Alahai!
Langit sudah gelap, kilat sabung menyabung, tempayan sudah kosong tapi hujan belum lagi mahu turun nampaknya.
Dan kodok-kodok makin riuh bertempik.
"Onnnngggg!!! Onggg!! Onnnggg!"
Bersambut sahut, berlawan-lawan. Tapi hujan belum lagi mahu turun.
Friday, April 21, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Gila talak tu. Samalah macam 'akak' kau tu.
:)
aku suka la entri kau sekarang. hehehe. jom buat buku :P
gila talak ni xperlu cina buta?
Artis tu berlakon lagi kot?
Dia berlatih di depan tangga tu bagus untuk penghayatan lakonan.
tebus talak
rm300!!!
:-)
"Terimalah saya kembali. Saya tahu saya dah buat silap, maafkanlah saya...."
"Onnnngggg!!! Onggg!! Onnnggg!"
pap! pap!
dah terbatal wuduk.
Huh!
p/s. bro, saya di luar wilayah sekarang. Minggu depan bakal kembali ke KL.
jadi apa yang perlu dilakukan selepas menangis di tepi tangga?.
Post a Comment