Friday, March 03, 2006

mengubati

...

J dihukum gantung sampai mati. Dia akan digantung di depan khalayak ramai sebaik terbit matahari esok hari.

Semasa hukuman dijatuhkan, tiada sesalan di wajahnya. Tidak terzahir ucapan maaf dari bibirnya.

Fajar menyinsing. J segera diseret ke tapak hukuman. Orang ramai sudah menanti di sana.

Semasa ditanyakan sama ada dia ada ucapan terakhir, J tersenyum.

J merenung jauh di balik gunung. Matahari hampir terbit. Langit menyala meriah olehnya.

"Ini hari yang indah untuk memulakan kehidupan."

Habis saja J berkata, kepalanya dibungkus dan lehernya dikalungkan belitan tali. Matahari terbit, lantai terkuak. Tali menjerut, J tergeletak. Sekejap selepas itu, nafasnya putus.

Dan khalayak pun bersorak riang.

Ya! Ini hari yang indah untuk memulakan kehidupan.

17 comments:

abdullahjones said...

BEST!

sinaganaga said...

PALING BEST!

Anonymous said...

SANGAT PALING BEST!

-basri

kunci hilang said...

hari ini memang indah,
walaupun saya sudah lebih dahulu memulakan kehidupan.
Sebelum hari ini lagi.

Pegawai Khalwat said...

Tiada hari yang tiada indah. Jika maya itu mendung kerana bebola matahari ditelengkup awan, maka jangan mengeluh kerana hari itu indah.

Tiap-tiap hari merupakan permulaan yang baru. Ini iklan kopi orang putih.

Anonymous said...

hari yang indah untuk memulakan kehidupan kerana sudah mati seorang penjenayah. :)

Anonymous said...

Tahniah! ada perubahan. Adik boleh mempelbagaikan corak penulisan:
1. Berbentuk cerita.
2. Surat
3. Perbualan.
4. Berita
5. Gambar
6. Jika perlu double meaning.

Apa-apa yang difikiran sesuai. beri peluang pembaca berfikir, tertanya-tanya dan terbit keinginan untuk memberi komen. Sesuatu yang abstrak, suspen, jangan cerita habis.

jiGOMorrison said...

Kekanda labu_labi,

Nasihat kekanda, adinda junjung!

Anonymous said...

Untuk entry ini saya bersetuju dengan wataknya bertindak demikian. membawa pengertian mendalam. Keikhlasan dan taubat nasuha. Kekadang manusia terlau kejam dan mendahuluiNYA menjatuhkan hukum.

tuan tanah said...

Innalillahiwainnailaihirojiun...

al-fatihah...

Anonymous said...

masuk zine kita entri ni. la la la la la laaaaaa...

Paradigma said...

kudos to jigo!

Anonymous said...

Kau. Dalam usia sebegini.

Masih mendengar Manowar? Lagu-lagu bingit itu? Masih membaca dongeng-dongeng kesatria Viking?

Kau. Dalam usia sebegini.

Pintar memulakan kehidupan.

jiGOMorrison said...

Tidak! Aku masih lagi mendengar Led Zepp. GALLOW'S POLE.

Aku dengar Manowar, kali pertama dan terakhir, di zaman persekolahan.

"Grandpa tell me a story..."

Aku tertidur. Kemudian.

Anonymous said...

closeup.
tgn genggam spekmata. genggaman makin longlai..

plop!!
susut bawah.
spekmata tergeletak di lantai..
sudut kanan, hujung kaki tergantung. beroleng2 ditiup angin

jauh.
ramai orang bertudung hitam muka suram

fokus.
seorang kanak2.

kamera gerak.
org ramai bersurai.
kanak2 menghampiri lantai tmpt gantung lalu mengambil spekmata..

credit..

masih ingat???

p/s kronologi aku hantam saja, ingat2 lupa :-)

jiGOMorrison said...

Ya! Masih ingat.

Omar Mukhtar. LION OF THE DESERT.

Anonymous said...

ader smbungan..sblm kn gntung omar mukhtar baca quran dl..