Friday, June 24, 2005

Jalan-jalan cari pasal

...

Tengahari. Membara. Bahangnya jadi berganda bila hati sudah panas. Telinga masih merah berdesing. Dihamun majikan. Aku dalam perjalanan pulang ke pejabat. Fikiran sudah berhimpun segala perisai. Untuk mempertahankan diri. Dari terus dihentak. Bila tiba. Di pejabat. Nanti.

Kawasan perumahan. Banyak bonggol. Terpaksa berhati-hati. Brek dan gear dimain berganti-ganti.

Melepasi sekolah aku diekori. Kancil biru. Perempuan. Membawa anak pulang dari sekolah. Mungkin.

Entah dengan siapa dia mahu berlumba. Mungkin dia rasa dia sudah cukup hebat. Kononnyalah. Memotong sambil membunyikan hon. Di kawasan perumahan. Yang berbonggol-bonggol.

"What the fcuk!"

Aku mengejar. Laju. Hebat sangatkah? Kancil saja. Berapa jauh dia boleh lari.

Aku sudah separuh membayangkan melanggar bontot. Keretanya. Biar remuk. Padan muka!

Dia menghimpit ke tepi. Mungkin takut. Melihat aku mengejar. Laju. Dengan lampu. Yang sengaja dinyalakan. Tinggi.

Tengahari. Sudah cukup panas. Kepala memang sudah berat. Telinga masih belum hilang merahnya.

Kalau mahu memotong. Potong sahajalah. Tidak perlu membunyikan hon.

Kalau dulu beriya pantang dicabar, kenapa kini dah pandai bersabar?!

2 comments:

sinaganaga said...

>Kalau dulu beriya pantang dicabar, kenapa kini dah pandai bersabar?!

JiGo,
Kau dah tua!

spyz said...

woi road bullies..
:-)