...
tak mengapa jika kau tak kenal aku. aku masih aku yang dulu. tidak banyak yang berbeza.
waktu memang telah menyeret kita menghampiri maut, tapi aku masih belum pernah mahu berubah. masih juga teringatkan kau.
aku masih di sini. mungkin kau tak perasan. kerana aku sering berdiri di dalam bayang.
aku masih di sini. mungkin kau tak peduli. tapi tidak mengapa. kerana aku tak pernah lari.
aku masih lagi di sini.
memerhati kau dari jauh.
Tuesday, January 25, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment