Friday, February 24, 2006

rindu

...

Indah-indah pemandangan kat UIA Kuantan ni, dude! Iris mengembang, rahang jatuh! Pandang kanan, teguk air liur. Toleh kiri, teguk air liur. Yang beroleng-oleng, yang bergoyang-goyang.

Gegar gegar gegar ge ge ge gegar
Gegar gegar gegar ge ge ge gegar
Gegarkan


Kalau kau tak suka yang begitu, pilih saja yang hanya bergetar bila dijentik.

Pandang ke arahku
Jangan pusing dulu
Dekat kepadaku
Jangan malu-malu


Kau, aku dan dia berkongsi imaginasi yang nakal.

"Jom minum!"

"Kita minum kat luarlah. Kalau kat sini, bertambah dahaga!"

"Hah?!"

Kau ni kegersangan agaknya? Ha ha!!

Tuesday, February 21, 2006

yang

...

Berapa banyak senduk yang kau perlukan untuk satu periuk?

Monday, February 13, 2006

mencengkam

...

Aku tiada lagi di sini. Esok, tulat dan tungging!

Kuantan! Aku cabar kau! Tunggu!!

Thursday, February 09, 2006

kerana

...

Dia sudah mati semalam. Mungkin juga kelmarin.

Entah! Aku cuba mengingati bagaimana kemalangan itu terjadi, tapi semuanya sia-sia belaka. Kepala aku yang bertambah pening.

Dan berkali-kali pula mereka mengingatkan aku, dia tak mungkin kembali.

Tapi pagi tadi, aku ternampak dia berdiri di kaki katil. Memandang tepat padaku.

Mereka mentertawakan aku. Kata mereka, dia tak mungkin kembali. Dia sudah mati! Dia sudah mati! Dia sudah mati!

Tapi dia, kunampak berdiri di kaki katil. Pagi tadi!

Tuesday, February 07, 2006

tanpamu

...

Adam, Dian dan Hamizan

Seribu gambar sebegini pun tidak mungkin dapat mengungkai rasa rindu yang terbelit di hulu hati ini. Percayalah kata aku, dude!

Oh! Orang yang pandai membina plot, mengawal watak dan bermain kata-kata, akan menulis novel. Orang yang pandai bermain kata-kata, tapi kurang pandai membina plot dan mengawal watak, akan menulis cerpen. Orang yang tak pandai membina plot mahupun mengawal watak tapi bijak bermain kata-kata, akan berpuas hati kalau dapat menulis sajak.

Tapi orang yang tak pandai bermain kata-kata, apatah lagi membina plot dan mengawal watak, hanya akan mengambil gambar.

Dan mereka pun berkatalah, kononnya, satu gambar lebih bermakna dari sejuta perkataan.

Kononnya!

Friday, January 27, 2006

aku kaku

...

Peta yang mengelirukanSungguh ghairah dan bernafsu sekali kami memulakan perjalanan pagi semalam. Peta dibawa kerana takut sesat. Tapi harapkan peta, peta buat kami makin tersesat!! Cis!!

Ya! Mungkin kau mahu jerit pada kami, kalau tak tahu baca peta, jangan salahkan peta tak ikut skala. Tapi masalahnya, peta yang kami ada ini lebih mengelirukan dari peta yang dicetak di belakang kad jemputan kahwin. Sungguh!!

Tapi sesudah puas berpusing, kami sampai juga ke destinasi. Yea yeah!!

IIUM Kuantan Campus

Habis tugas di sana, kami menderu ke pantai!!

Tapi baru beberapa jam di sana, belum pun hilang lelah, belum pun puas kami skodeng, dapat pula panggilan dari KL.

"Skuad skodeng bubar segera. Kembali ke KL sekarang!" Bos.

"Kami dengar dan kami patuh!!"

Alahai!

Wednesday, January 25, 2006

tidak bermaya

...

Esok dan lusa. Tiada di sini.

Mencari cinta (atau melampias nafsu) di tepi pantai. Barangkali, mungkin.

Kuantan, aku datang! Dakaplah aku dalam berahimu!!

Hah!