Saturday, October 29, 2005

Kulaifornia, Gopenghagen mahupun Hulu Purdue

...

Kawan-kawan yang kita suka. (Atau tak berapa suka. Tapi sebab dah anggap macam kawan, terpaksalah suka. Atau buat-buat suka.)

Minta maaf dari aku sekeluarga. Kalau ada terkasar bahasa. Terlanjur laku. Sengaja atau tidak. Minta maaf.

Halalkan makan minum. Paw rokok dan segalanya.

Kepada yang balik beraya. Tak kira di mana juga. Kulaifornia, Gopenghagen mahupun Hulu Purdue. Selamat berhari raya. Berhati-hati ketika memandu. Jangan berlumba, walaupun kereta belakang dah mencucuk-cucuk. Macam dia sorang je nak balik kampung. Macam dia sorang nak jumpa sanak saudara. Tut tut tut tut tut tut! @#$%@#%@#%*&!!

Ops.. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

* Aku beraya di Kuala Kangsar tahun ni. Terima kasih kerana bertanya.

4 comments:

abdullahjones said...

selamat hari raya untuk kamu. The Executioner's Song adalah buku dan wayang yang saya suka.

Anonymous said...

selamat hari raya bro jigs!
maaf zahir batin.

have a good trip back to the in laws heh.

izzulyfa said...

selamat hari raya bro!
maaf zahir batin..

Anonymous said...

selamat hari raya brader... maaf zahir batin .